LinkExchange

Menu Bar

Button

Ringan

who's.amung.us

Twitter Bird

Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

Sunday, 11 March 2012

Lenyap di laman rumah


Semalam kita dikejutkan dengan kehilangan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun. Teruskan membaca untuk berita penuh.

-------------------------------------------------------------------------

PETALING JAYA: Seorang lagi kanak-kanak dilaporkan hilang, kelmarin, 11 hari selepas kehilangan Nurul Nadirah Abdullah, 5, yang disyaki diculik selepas keluar ke kedai berhampiran rumahnya di Johor Bahru masih belum dapat dikesan.
Mangsa terbaru, Wan Hazim Mohd Khaidir, 7, murid tahun satu Sekolah Rendah Islam Pintar Al-Amin, dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat bermain sendirian di halaman rumahnya di Jalan PJS 10/1, Subang Indah, di sini, petang kelmarin.


Sebelum kejadian, kanak-kanak itu dikatakan menonton televisyen di ruang tamu rumahnya jam 12.30 tengah hari sebelum ibunya, Wan Nor Azma Wan Yusof bersama adik bongsunya keluar untuk ke kedai milik mereka di Shah Alam.


Menurut Wan Nor Azma, 33, yang juga peniaga barangan kemas, ketika keluar rumah, Hazim baru selesai makan tengah hari sebelum menonton televisyen, manakala anak sulungnya yang berusia lapan tahun pula di tingkat atas rumah mereka bersama pembantu rumah.


“Sebelum keluar ke kedai kami, saya menutup rapat pintu rumah tapi tidak menguncinya kerana percaya Hazim tidak akan keluar rumah bersendirian, tambahan pula pembantu rumah juga ada di rumah.



“Menurut pembantu rumah, dia turun ke tingkat bawah jam 1 tengah hari tapi tidak melihat Hazim di ruang tamu, menyebabkan dia beranggapan anak kedua saya mengikut saya ke kedai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.



Katanya, kehilangan Hazim hanya disedari apabila dia pulang ke rumah pada jam 6.30 petang selepas ditanya pembantu rumahnya.

                                

Wan Nor Azma berkata, terperanjat dengan pertanyaan pembantu rumahnya, dia terus menghubungi suaminya, Mohd Khaidir Hassan sebelum mereka mencari di sekitar kawasan perumahan itu, selain bertanya jiran.
“Mungkin Hazim membuka pintu dan keluar bersendirian selepas menyedari tiada orang di rumah. Saya buntu memikirkan keadaan anak saya dan di mana dia tidur malam tadi (semalam).

“Hazim susah nak bergaul dengan orang dan sebelum ini dia lebih selesa berada di rumah serta jarang bermain di luar. Namun saya yakin dia keluar dari rumah kerana jiran sebelah memberitahu ada melihatnya bermain di halaman rumah sebelum waktu solat Jumaat,” katanya.


Menurutnya, selepas beberapa jam gagal menemui anaknya, dia bersama suami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.


“Saya harap sesiapa menemui Hazim yang kali terakhir memakai baju-T kelabu dan jeans biru dapat menghubungi kami di talian 012-3400034 atau menyerahkannya ke balai polis berhampiran.


“Hati ibu mana yang tidak bimbang apabila anaknya hilang. Kami hanya mampu berdoa dan meneruskan usaha mencari Hazim selain mengharapkan dia dalam keadaan selamat,” katanya.



Saturday, 10 March 2012

Empat Sen Punya Pasal, Bank Nak Tarik Kereta Saya!



TIADA apa yang dapat dibeli dengan duit 4 sen di Singapura.
Tetapi, 4 sen itu amat berharga kepada pemilik kereta Honda Stream yang ingin dikenali sebagai Zainal.
Ini kerana gara-gara tunggakan ansuran hanya empat sen yang disahkan pihak bank berpunca daripada kesilapan teknikal, beliau dicerut kebimbangan kehilangan keretanya bernilai $60,000 di pasaran.
Kesemuanya bermula selepas bank yang memberi pinjaman keretanya itu, Standard Chartered, menghantar surat amaran tarik keretanya jika beliau gagal melunaskan tunggakan 4 sen itu.
Surat bertarikh 2 Mac lalu itu memberi  Zainal, 50-an tahun, seorang pekerja penerbitan, tempoh selama 14 hari untuk berbuat demikian.
Ansuran bulanannya ialah $916.04 dan perlu dibayar pada hari pertama setiap bulan.
‘Bagi bulan ini, saya tekan butang mesin AXS bagi bayaran $916. Saya ingat baki empat sen dikumpul dan dibayar lain kali.
‘Tetapi, sehari selepas itu saya terkejut apabila menerima notis mendesak saya membayar 4 sen dalam masa 14 hari atau kereta saya dirampas.
‘Peraturan apa ini? Kalau saya tak bayar ansuran bulanan selama dua atau tiga bulan mungkin munasabah tetapi ini hanya 4 sen!’ gelak beliau.
Menurut Zainal, inilah kali pertama beliau menerima surat amaran sedemikian sejak sudah 30 tahun memandu dan menukar banyak kereta.
‘Biasanya pihak bank atau firma kredit akan menelefon atau menghantar surat peringatan jika saya bayar lambat. Mereka tidak terus hantar surat amaran mahu tarik kereta seperti Standard Chartered!’ tegas beliau.
Diminta mengulas, Haji Ismail Yusof, 46 tahun, yang lebih dikenali sebagai Dr Kereta, menyifatkan tindakan bank berkenaan bukan saja ‘tidak munasabah’, malah ‘tidak masuk akal’.
‘Pihak bank atau firma kredit biasanya kirim surat peringatan dan akan hanya menghantar notis merampas kereta sebagai langkah terakhir selepas dua atau tiga bulan tak bayar.
‘Tindakan menggertak pelanggan secara ini memang tak perlu dan tidak wajar,’ tambahnya.
Ketika diminta penjelasan mengenai isu tersebut, seorang jurucakap Standard Chartered, dalam e-mel balasnya semalam, berkata:
‘Apa yang boleh kami katakan ialah ia disebabkan kesilapan teknikal dan kami ingin memohon maaf di atas kesukaran yang timbul.
‘Seperti kebiasaannya, kami bekerja rapat dengan pelanggan kami bagi menyelesaikan sebarang isu dan keperihatinan dan kami telah pun menjelaskan perkara berkenaan kepada pelanggan berkenaan.’
Zainal mengesahkan pihak bank telah menghubunginya pagi semalam dan memaklumkan duduk perkara sebenar.
‘Saya terima penjelasan dan dah maafkan mereka,’ tambahnya

Sunday, 19 February 2012

Suami kencing muka isteri ditahan

KANGAR: Suami kepada seorang wanita yang melarikan diri dari rumah selepas tidak tahan diliwat serta dikencing di mukanya, akhirnya dicekup polis, kelmarin.
Lelaki berusia 43 tahun yang juga penjawat awam di negeri ini ditahan di rumahnya jam 4 pagi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar sebaik menerima maklumat.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, lelaki terbabit hanya terpinga-pinga tanpa mengetahui alasan dirinya ditahan sehingga diberitahu anggota polis.


Katanya, suspek tidak menyedari isterinya melarikan diri dan membuat laporan polis sehingga dia dicekup untuk membantu siasatan.

“Suspek kini direman sehingga 20 Februari ini dan tempoh remannya akan disambung selepas tarikh berkenaan bagi siasatan.


“Kesalahan dilakukan suspek dianggap serius dan jarang berlaku di negeri ini, malah yang menjadi mangsa dalam kes ini ialah isterinya,” katanya.



Katanya, anak mangsa kini dijaga keluarga terdekat dan isteri suspek juga kini dalam keadaan selamat.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan derita seorang ibu kepada tiga anak yang terpaksa melarikan diri dari rumah selepas sering diliwat suaminya sebelum dikencing pada mukanya setiap kali ‘bersama’.


Mangsa berusia 38 tahun itu juga terpaksa menanggung derita berkenaan sejak lima tahun lalu selepas suaminya berkenalan dengan seorang wanita yang jauh lebih muda daripadanya.

Suami bertopengkan syaitan itu juga bertindak ganas dan akan memukul mangsa jika kemahuan jijiknya tidak dituruti isterinya.



Sumber

Saturday, 7 January 2012

AWAS, SINDIKET PENIPUAN FACEBOOK TIMELINE SEDANG BERLELUASA


SINDIKET penipuan sedang berleluasa di Internet dimana mereka meyakinkan pengguna Facebook Timeline bahawa mereka boleh kembali kepada rupa facebook yang asal dan menyebabkan data pengguna terdedah dan boleh diakses dengan mudah.

Penipu menggunakan aplikasi di Facebook untuk menawarkan pengguna satu kaedah untuk mengembalikan perubahan Timeline Facebook dan kembali ke profil lama. Bentuk penipuan permohonan adalah dengan menggunakan gelaran seperti "Nyahaktifkan Timeline FB" dan boleh didapati dengan mudah melalui fungsi carian Facebook. Dengan menyukai permohonan dan berinteraksi dengan arahan pada halaman ini, pengguna secara tidak sengaja memberikan peluangkepada penipu untuk mengakses profil Facebook dan membenarkan penipu mengepos mesej spam dengan pautan secara automatik yang akhirnya memberi pulangan wang kepada kumpulan sindiket penipuan ini selepas seseorang mengklik pautan.

Sesetengah aplikasi penipuan yang telah wujud sekurang-kurangnya telah mengumpul lebih 70,000 likes dari pengguna Facebook yang tidak curiga dalam dua minggu. Banyak permohonan akan menggalakkan peminat yang "like" untuk menjemput rakan-rakan mereka juga. Laman Keselamatan Facebook utama tidak memberi amaran kepada pengguna tentang penipuan ini kerana pihak pengurusan Facebook belum mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memberitahu pengguna bahawa Timeline tidak boleh dinyahaktifkan apabila ciri tersebut telah diaktifkan pada profil pengguna. Facebook Timeline telah mula mendapat sambutan oleh pengguna sejak 15 Disember lalu, tetapi tidak semua pengguna Facebook telah mengaktifkan ciri tersebut. Facebook telah memparkenalkan kemas kini untuk pengguna iPhone yang merangkumi ciri Timeline baru pada profil.

Reaksi orang ramai kepada Timeline Facebook agak negatif sejak ciri baru itu diperkenalkan pada akhir bulan September 2011. Di samping itu, pelancaran Facebook Timeline telah berterusan ditangguhkan oleh pegawai-pegawai syarikat dalam tempoh tiga bulan terakhir 2011. Walau bagaimanapun, pengguna yang telah beralih kepada Facebook Timeline mengambil kesempatan daripada ciri baru seperti gambar muka, memperincikan peristiwa-peristiwa hidup sebelumnya dan meningkatkan keselamatan pada paparan-paparan terdahulu.



Friday, 6 January 2012

GAJI PM SINGAPURA, LEE HSIEN LOONG RM5.31 JUTA


SINGAPURA - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerima saranan sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh pemerintah bagi mengurangkan gajinya, para menteri Kabinet dan Presiden negara berkenaan.
Saranan tersebut melibatkan pemotongan sekurang-kurangnya satu pertiga gaji menteri-menterinya yang berjumlah jutaan dolar, menurut dokumen tangga gaji baharu semalam.
Walaupun pemotongan tersebut dibuat, menteri di Singapura kekal antara menteri yang menerima gaji termahal di dunia.
Pemotongan gaji itu pernah dijanjikan oleh Hsien Loong bagi meredakan kemarahan rakyat selepas pilihan raya umum 2011 berlangsung.
Hsien Loong sendiri akan menerima gaji berjumlah AS$1.69 juta (RM5.31 juta) setahun iaitu pengurangan sebanyak 36 peratus berbanding sebelumnya.
Jumlah tersebut bagaimanapun kekal menjadi gaji tertinggi dalam kalangan pemerintah sesebuah negara di dunia.
Sebagai perbandingan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menerima gaji AS$400,000 (RM1.25 juta) setahun.
Obama merupakan Presiden yang mempunyai 312 juta penduduk dan merupakan negara paling kuat berdasarkan kekuatan ketenteraan dan ekonomi.
Gaji Presiden Singapura pula akan dipotong sehingga 51 peratus kepada Sg$1.54 juta (RM3.76 juta) setahun manakala menteri Kabinet yang baharu dilantik akan menerima separuh gaji Perdana Menteri.
Gaji menteri pemerintah akan dikurangkan sebanyak 37 peratus setahun kepada SG$1.1 juta (RM2.68 juta).
Ketua Eksekutif Hong Kong, Donald Tsang menerima gaji AS$543,500 (RM1.7 juta), Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda sebanyak AS$513,000 (RM1.6 juta) dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard memperoleh gaji AS$379,000 (RM1.19 juta).
Gaji Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy ialah AS$302,000 (RM949,185), Canselor Jerman, Angela Merkel mendapat gaji AS$296,000 (RM930,327) dan Perdana Menteri Britain, David Cameron yang memperoleh gaji AS$222,000 (RM697,745).
Gaji para pemimpin Singapura melonjak dalam tahun 1990-an apabila ia menjadikan purata gaji tertinggi sektor swasta di pulau itu sebagai tanda aras.
Langkah pemotongan gaji tersebut membayangkan tekanan yang dihadapi parti pemerintah Singapura, Parti Tindakan Rakyat (PAP).
PAP yang memerintah Singapura sejak negara itu berpisah daripada Malaysia pada tahun 1965 mencatat prestasi buruk pada pilihan raya 2011.
Undi yang diterima PAP semasa pilihan berkenaan berkurangan sebanyak 60 peratus sekali gus bilangan undi terendah yang pernah dicatat parti pemerintah itu.

Sunday, 1 January 2012

Mayat mangsa lemas berpelukan


GERIK – Mayat tiga kanak-kanak termasuk dua beradik yang hanyut selepas sampan mereka terbalik di Sungai Perak berhampiran Kuala Kenderong dekat sini pada Khamis lalu dijumpai awal pagi semalam.
Mayat Muhammad Amir Fadlillah Ruzai, 11, dan adiknya, Muhammad Adham Hamiz, 8, ditemui terapung kira-kira 30 kilometer (km) dari lokasi kejadian pada kira-kira pukul 3 pagi.
Agak mengharukan apabila mayat mereka ditemui dalam keadaan berpelukan oleh seorang penduduk kampung yang sedang memeriksa pukatnya di tebing Sungai Perak berhampiran Titi Air Ganda dekat sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Supritendan Wan Jamil Wan Chik berkata, mayat Mohd. Saiful Haikal Dahari, 7, pula ditemui oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 9 pagi.
“Mayat tersebut dijumpai di kawasan Tasik Chenderoh iaitu kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa pertama dan kedua ditemui,” katanya di sini semalam.
Jenazah tiga kanak-kanak itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Padang di sini selepas solat Zuhur.
Kosmo! semalam melaporkan tiga kanak-kanak tersebut hilang selepas menaiki sampan milik bapa saudara mereka di Sungai Perak pada pukul 12 tengah hari Khamis lalu.

Sumber

Hilang 17 Tahun, Cincin Kahwin Ini Akhirnya Ditemukan

STOCKHOLM- Kehilangan cincin kahwin tentu menimbulkan kesedihan tersendiri bagi si pemiliknya. Begitu juga yang dirasakan oleh Lena Pahlsson. 


Wanita asal Sweden ini kehilangan cincin kahwinnya pada tahun 1995 lalu. Lena meninggalkan cincin kahwinnya di meja dapur ketika dia sedang sibuk menyiapkan makanan untuk perayaan Natal. Namun tiba-tiba saja cincin kahwin itu hilang.


Lena dan suaminya sudah mencarinya ke berbagai tempat selama dapurnya mengalami renovasi,namun mereka tidak berhasil menemukannya.


Kejutan menyenangkan terjadi Oktober lalu ketika Lena tengah berada di perkebunan sayur milik keluarganya. Tanpa sengaja Lena melihat cincin kahwin miliknya terlilit di sebuah carrot.


"Mungkin cincin itu terjatuh di dalam pupuk kompos atau ke dalam tempat sampah dan tanpa sengaja dimakan oleh binatang yang biasanya menyelinap ke dapur untuk memakan makanan sisa," ujar Ibu Lena, Ola seperti dikutip upi.com, Jumaat, (30/12/2011).


Setelah menemukan cincin kahwin miliknya, Lena akan akan membawa cincin tersebut ke kedai perhiasan untuk menyesuaikan ukuran cincin dengan jarinya yang telah berubah sejak tahun 1995 lalu. (kha)
(rhs)



Sumber



Wednesday, 28 December 2011

Berasmara Di Bilik Mandi Masjid


KOTA BHARU – Hasrat sepasang kekasih untuk melampiaskan gelora nafsu serakah mereka di dalam bilik mandi sebuah masjid di sini kelmarin tidak kesampaian apabila dicekup oleh penduduk kampung.
Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu asmara berjaya dikesan oleh jemaah sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh, dekat sini setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut. KlikKlik

Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberi­tahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang ber­baju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita.

Menurutnya, sejurus itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu.
“Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya. Hi semua!!

“Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut semalam.
Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.

”Dengan kerjasama penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan, kita menahan pasangan terbabit dan pada masa sama kita menghubungi keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya.
Dia berkata, sejurus kemudian, keluarga pasangan terbabit datang ke tempat kejadian untuk berbincang sebelum membawa pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, pasangan terbabit dipercayai bukan penduduk di kawasan berkenaan tetapi perbuatan keji itu mengejut jemaah masjid dan penduduk kampung apabila terserempak mereka melakukan perbuatan maksiat di dalam bilik mandi yang terletak di dalam kawasan masjid. Jom jalan2 kat sini

Menurutnya, kelakuan pasangan terbabit telah mengaibkan orang Islam kerana menggunakan kawasan masjid melakukan maksiat dan remaja sekarang sudah tidak mempunyai perasaan malu serta takut untuk melakukan perbuatan terkutuk di masjid.

Katanya, sepanjang tinggal di kampung ini, tidak pernah berlaku kejadian seperti ini dan penduduk terkejut apabila ia dilakukan penduduk bukan tempatan.




Pokok Pisang Emas ‘Mengandung’


TUNJANG – “Saya terkejut apabila melihat satu daripada pokok pisang emas yang ditanam berbuah di batangnya dan kelihatan seperti sedang mengandung,” kata seorang pencuci bangunan selepas melihat kejadian aneh itu di rumahnya di Kampung Tanjung, Jeram di sini.
Siti Aishah Ibrahim, 37, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas membersihkan dan menebas semak samun di sekitar kawasan rumahnya pada petang Ahad lalu. KlikKlik
“Tidak sangka pula petang itu saya akan menjumpai buah pisang yang keluar di batangnya seperti orang mengandung iaitu pada pokok pisang yang ditanam oleh arwah ibu lebih setahun lalu.
“Sejak setahun lalu, pokok terbabit telah mengeluarkan tiga kali hasil namun ini merupakan kali pertama ia keluar di batang seakan mengandung dan tidak berlaku pada pokok pisang yang lain,” katanya kepada Sinar Harian. JomJomJom
Siti Aishah berkata, buat masa ini dia tidak berhasrat menebang pokok itu kerana mahu menunggu keseluruhan hasilnya.
“Saya tidak akan tebang dan mahu melihat apa akan terjadi seterusnya kerana ia juga berbuah dalam keadaan menaik dan bukan menurun seperti pisang yang lain. SINI MARI
“Kami sekeluarga bersyukur diberi peluang melihat perkara aneh tetapi benar seperti ini dan berharap menerima rezeki daripada Tuhan,” katanya.



Tuesday, 27 December 2011

GEMPAR!. ISRAEL MENGAKU AMBIL ORGAN PENDUDUK PALESTIN!


Israel akhirnya mengakui bahawa dalam tahun 1990-an, anggota-anggota forensiknya mengambil organ manusia termasuk jenazah penduduk Palestin tanpa kebenaran keluarga mereka.

Isu kontroversi tersebut ditimbulkan berikutan pendedahan media berhubung satu wawancara dengan bekas ketua Institut Forensik Abu Kabir di Israel, Dr. Jehuda Hiss.
Wawancara itu dilakukan pada 2000 oleh seorang ahli akademik Amerika Syarikat (AS) yang kemudian mendedahkannya kepada media. KlikKlik
Dia berbuat demikian untuk menyokong dakwaan sebuah akhbar Sweden yang melaporkan pada musim panas lalu bahawa tentera Israel membunuh penduduk Palestin untuk mengambil organ mereka.
Israel sebelum ini bermati-matian menafikan melakukan pembunuhan tidak berperikemanusiaan itu. Jom tengok sini !!
"Kami bermula dengan mengambil kornea mata mereka. Apa yang kami lakukan tidak didedahkan dan tanpa kebenaran keluarga mereka (penduduk Palestin)," kata Hiss.
Laporan sebuah stesen penyiaran Internet, Channel 2 menyatakan, pakar-pakar forensik di Abu Kabir mengambil kulit, kornea, injap jantung dan tulang mayat askar Israel, warga Israel dan jenazah penduduk Palestin dan mayat pekerja asing tanpa kebenaran saudara mara mereka. HOT!!!
Dalam maklum balas mengenai laporan saluran berita itu, tentera Israel mengaku perbuatan tersebut berlaku.
"Aktiviti itu berakhir sedekad lalu dan ia tidak diteruskan," kata satu kenyataan tentera Yahudi.
Sumber

Orang tua-tua cakap......sambungan



Sunday, 25 December 2011

SUAMI TUNTUT ISTERI SERAHKAN KEMBALI GINJALNYA


Seorang doktor di New York, Dr. Richard Batista mahu isterinya memulangkan semula ginjalnya yang diberikan kepada wanita berkenaan atau membayar pampasan berjumlah AS$1.5 juta (RM5.3 juta).
Bapa kepada tiga anak itu mendermakan satu organ tersebut kepada isterinya, Dawnell Batista pada 2001 apabila wanita berkenaan mengalami kegagalan buah pinggang.
"Dia isteri saya. Sudah tentu keutamaan saya untuk menyelamatkan nyawanya dan masa depan anak di samping mengekalkan keharmonian rumahtangga kami," kata doktor berusia 49 tahun itu.
Namun, Batista merasakan pengorbanannya selama ini tidak berbaloi apabila isterinya memfailkan perceraian empat tahun lalu dan dia mengesyaki wanita itu bermain kayu tiga.
Dalam satu kenyataan media minggu ini, doktor tersebut menyatakan dia menyaman isterinya kerana tidak dibenarkan menemui tiga anak mereka yang berusia 8, 11 dan 14 tahun.
Bagaimanapun, pakar-pakar perubatan Amerika Syarikat memberitahu, saman tersebut tidak beretika selain bertentangan dengan undang-undang negara itu. 


Tuesday, 20 December 2011

Saya Akan Kekal Muslim Hingga Akhir Hayat – Ariff Alfian




KUALA LUMPUR – Arif Alfian Rosli, bekas pelajar Malaysia jurusan perubatan di Ireland enggan mengulas berita yang dia telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki warga asing.
Arif Alfian yang dihubungi media Ireland, IrishTimes.com, menegaskan bahawa dia masih lagi seorang penganut agama Islam, tidak memeluk mana-mana agama lain dan kekal sebagai seorang muslim sehingga ke akhir hanyatnya. KlikKlik
“Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,” katanya kepada media tersebut hari ini.
Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia sudah beberapa tahun tidak menghubungi ibubapanya di Malaysia ekoran satu perselisihan faham antara mereka, namun mengaku kerap menghubungi adik beradiknya yang lain.
“Saya ada sedikit salah faham dengan ayah saya pada tahun 2009…sehingga saya dilaporkan hilang, saya masih tidak berhubung dengannya, tapi saya sering berhubung dengan anggota keluarga yang lain,” katanya lagi.
Bapa Arif Alfian, Rosli Harun, 56, baru-baru ini memohon pertolongan dari akhbar Utusan Malaysia untuk mencari anaknya yang dikatakan ‘hilang’ setelah pencariannya menemui jalan buntu.
Memburukkan lagi keadaan, anaknya juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang lelaki warga asing dan beberapa keping gambar serta video perkahwinan songsang itu turut tersebar di internet, termasuk salah satunya di lama web bigayweddingproject.com. LaiLai !!
Majlis perkahwinan sejenis itu dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara dan Arif Alfian digambarkan memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.
Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.
Arif Alfian ketika dihubungi media Ireland turut menafikan dakwaan dirinya ‘hilang’ dan menegaskan dia kini telah bermigrasi di Ireland secara sah. Meh Lah Sini
“Saya tak hilang. Pihak berkuasa Ireland tahu saya tinggal secara sah di negara ini (Ireland). Kedutaan Malaysia juga tahu dan sedar mengenai saya yang tinggal secara sah di sini,” katanya lagi.
Selain itu, Arif Alfian juga menjelaskan bahawa dia secara tidak sengaja menarik perhatian masyarakat umum dan tidak mahu mencetus kontroversi atau masalah, khususnya terhadap keluarganya di Malaysia.
Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN


Potong hidung, bibir isteri




ISLAMABAD: Seorang lelaki memotong hidung dan bibir isterinya selepas pertengkaran besar mengenai perbuatan si isteri yang banyak menghabiskan masa dengan ibu bapanya.
Ghulam Qadir, 22, yang dikatakan mempunyai hubungan tegang dengan isterinya, Salma, 18, bertindak menoreh muka wanita itu dengan pisau Sabtu lalu di Karhana, kampung terpencil yang terletak kira-kira 475 kilometer ke barat daya Islamabad.

“Ghulam memotong hidung dan bibir isterinya sebelum melarikan diri,” kata Nadir Khan, pegawai pentadbir daerah Musa Khel yang terletak di wilayah Baluchistan.


“Mereka sering bertengkar kerana si isteri lebih banyak menghabiskan masa bersama ibu bapanya,” kata Nadir. Pasangan itu berkahwin setahun lalu.

Menurut Nadir, pihak berkuasa kini berusaha mennangkap Ghulam.


Perdana Menteri, Yousuf Raza Gilani mendesak supaya tindakan diambil terhadap kes itu.




Bagaimanapun, kebanyakan kes membabitkan keganasan terhadap wanita di Pakistan terlepas tanpa sebarang hukuman dikenakan terhadap pesalah.

“Ibu bapa si isteri membawanya ke hospital di Multan dan mangsa dilapor selamat,” kata Penolong Pesuruhjaya di Muhsa Khel, Aftab Hasnain.




Rangkaian televisyen Express menyiarkan rakaman gambar Salma terlantar di hospital dengan hidung dan bibirnya berbalut.

Kumpulan hak asasi manusia berkata, wanita Pakistan berdepan dengan diskriminasi, termasuk keganasan rumah tangga dan pembunuhan ‘menjaga maruah.’ - AP



PETRONAS Tamat Taja Ariff Alfian


KUALA LUMPUR – PETRONAS menamatkan penajaan Ariff Alfian Rosli, bekas pelajar yang didakwa berkahwin dengan pasangan sejenis di Dublin, Ireland, berdasarkan keputusan dan pencapaian akademik tidak memuaskan yang melanggar syarat perjanjian pinjaman.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Jabatan Perhubungan Media, Bahagian Hal-Ehwal Korporat Kumpulan PETRONAS, syarikat itu memutuskan sedemikian pada Januari 2009. SINI
PETRONAS sekali gus mengesahkan Ariff Alfian adalah bekas pelajar tajaannya di bawah skim Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Petronas bermula September 2001 untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya melanjutkan pengajian peringkat ijazah perubatan di United Kingdom.
“Setelah menamatkan kursus A-Level, Ariff Alfian memohon dan diterima memasuki University College Dublin. Sepanjang tempoh pengajian di Dublin, Ariff Alfian tidak pernah menghadiri sesi perbincangan berkala dengan Penasihat Pelajar PETRONAS dan tidak membalas sebarang emel serta panggilan telefon walaupun banyak usaha dibuat untuk berhubung dengan beliau.
“PETRONAS sudah mengadakan beberapa perbincangan berkaitan perkembangan akademik dan penajaan beliau dengan bapa beliau, Rosli Haron. Salah satu perbincangan ini bertempat di Dublin dan dihadiri sendiri oleh Ariff Alfian dan bapanya,” menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, Pegawai Penasihat Pelajar PETRONAS sentiasa berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Dublin apabila menyedari Ariff Alfian tidak pulang ke Malaysia selepas penajaannya ditamatkan, kerana bimbang terhadap keselamatan dan status beliau di Ireland. I'm Here !!
Pada Mei 2009, PETRONAS mengeluarkan notis tuntutan bayaran balik pinjaman berkenaan kepada Ariff Alfian dan penjaminnya mengikut peraturan serta syarat perjanjian yang sudah ditetapkan dan juga dipersetujui oleh kesemua pihak.
“Sehubungan itu, perbincangan juga sudah diadakan dengan penjamin pada pertengahan tahun ini mengenai pembayaran balik pinjaman berkenaan. Sehingga kini, PETRONAS masih belum menerima sebarang maklum balas mengenai perkara itu, walaupun surat peringatan sudah dihantar pada 6 Disember lalu.
“Adalah penting bagi PETRONAS menerima pembayaran balik pinjaman ini untuk dimasukkan semula ke dalam dana penajaan pengajian tinggi bagi keperluan bakal pelajar tajaan PETRONAS pada masa hadapan,” menurut kenyataan itu. – bHarianOnline Help Me!!!

Seorang Ibu Pengsan di Jalan. Anaknya Menangis Histeria Tapi Tidak Ada Yang Mahu Menolong


China memang terkenal dengan ketidakpedulian masyarakatnya akan penderitaan orang lain. Beberapa waktu yang lalu, sempat marak beredar video seorang anak yang kecelakaan, tapi orang yang lalu lalang tidak memperdulikannya, hingga akhirnya sang anak harus tewas di hospital.

Khabar terbaru, beredar sebuah foto saat seorang ibu muda pengsan di jalanan kota Xi'an, sementara disampingnya, anaknya yang masih kecil menangis histeria. Di sekeliling ibu pengsan itu ramai orang yang malah asyik menonton dan tidak memperdulikan nasib si ibu yang pengsan itu. Bahkan untuk sekedar menggendong si anak kecil itu supaya terdiam dari tangisnya.



Sumber

Monday, 19 December 2011

Suami SMS ugut bunuh, culik anak


KUALA LUMPUR: Akibat ugutan bunuh dan culik oleh suami yang sudah lama menghilang, seorang kakitangan swasta dan anaknya berusia lima tahun hidup dalam ketakutan dan trauma dalam kejadian di Jalan Seri Sentosa, di sini.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Marie, 36, berkata, dia mengalami masalah rumah tangga dengan suaminya yang berusia 38 tahun kerana tidak mempunyai pekerjaan sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, selepas berlaku perselisihan faham, lelaki berkenaan meninggalkan isteri dan anak perempuan berusia lima tahun itu.


Malangnya, dua hari lalu, lelaki itu menghantar e-mel kepada wanita berkenaan dan mendakwa akan kembali tinggal bersama selepas menghilangkan diri selama ini.

Katanya, bukan itu saja, lelaki itu sudah mengumpul segala maklumat mengenai anaknya itu dan mengugut akan menculik anak tunggalnya jika dia tidak menuruti kemahuannya untuk tinggal bersama.


“Saya bertambah bimbang dengan keselamatan kami berdua selepas keluarga suami turut memberikan peringatan mengenai lelaki itu yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah, selain mencari tempat perlindungan daripada dijejaki along,” katanya kepada Harian Metro, di sini.


Beliau berkata, tidak cukup dengan itu, suaminya turut menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah dan ugutan serta secara terang-terangan mengancam keselamatan mereka berdua.

Akibat risau dengan keselamatan diri dan anaknya, mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling untuk tindakan lanjut.



Sumber


Bayi dibungkus, ditembak ibu


SARAH bersama Warren dan Maggie 10 bulan lalu.





ILLINOIS: Seorang wanita dipercayai membunuh teman lelaki dan tiga anaknya di sebuah bandar kecil di sini sebelum menembak dirinya.
Gambar yang dirakam 10 bulan lalu menunjukkan Sara McMeen dan Daniel Warren tersenyum bersama-sama-sama anak yang baru dilahirkan, Maggie.

Ketiga-tiganya mati bersama dengan dua anak Sarah yang lain, Skyler, lapan dan Ian, tujuh, dalam kes pembunuhan dan bunuh diri yang melenyapkan seluruh keluarga terdiri daripada lima orang itu di Emmington, Illinois.



Seorang jiran menceritakan bagaimana Sarah meletakkan Maggie di atas tanah, menyelimutkannya dan kemudian menembaknya dari jarak dekat dengan sepucuk pistol separuh automatik. Dia sebelum itu dipercayai sudah menembak mati teman lelakinya, Warren, 29, dan dua anaknya, lapor akhbar Pontiac Daily Leader.

Jiran itu lari untuk meminta bantuan tetapi apabila kembali, Sarah juga sudah mati selepas menembak dirinya.


Jiran itu memberitahu Daily Leader, dia keluar dari rumah apabila mendengar bunyi tembakan dan melihat Sarah membungkus anaknya dengan selimut di atas tanah di belakang rumahnya.



Apabila jiran berkenaan bertanya mengenai keadaannya, Sarah menjawab: “Tidak, semuanya tidak OK.” “Dia kemudian membongkok dan menembak bayi itu,” kata jiran berkenaan.

Pihak berkuasa tidak mengesahkan laporan Daily Leader tetapi berkata, pembunuhan itu adalah kes bunuh dan bunuh diri



Ia berlaku di sebuah rumah di Emington, bandar yang mempunyai hanya 100 penduduk, tempat Skyler dan Ian, dia anak Sarah yang lain, dilihat turun dari bas sekolah tidak lama sebelum dibunuh. - Agensi


Sumber




Seronok lihat lelaki sogok wang


KUALA LUMPUR: Mangsanya hampir 30 lelaki yang sanggup menyerahkan puluhan ribu ringgit hanya kerana tergoda dengan kata-kata cintanya dalam laman sosial Facebook (FB).
Gadis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Liana mengakui menggunakan kepakarannya mengayat ramai lelaki bagi mendapatkan wang mereka untuk berfoya-foya, termasuk melancong keluar negara.

Dia yang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menafikan mereka yang terjebak termasuk artis yang baru mencipta nama, bahkan beberapa adik kepada artis terkenal turut menjadi mangsa selain yang berkerjaya penting sebagai jurutera, jurujual dan eksekutif syarikat swasta.
Secara jujur, Liana berkata, perceraian ibu bapa menjadi punca dia melakukan perbuatan itu untuk membalas dendam, terutama bapanya yang banyak mengabaikannya, manakala ibu pula sibuk dengan kerjaya harian sebagai eksekutif syarikat.

Katanya, dalam sebulan, dia mampu meraih dua tiga ribu ringgit hanya berbekalkan air liur untuk menggoda lelaki yang bagaikan terpikat dengan pesona menarik gambar yang dipaparkan dalam laman sosial itu.

Malah, katanya, dia tidak pernah menyesal dengan apa dilakukannya, sebaliknya mampu melepaskan tekanan akibat kesunyian dengan menggoda lelaki.
“Saya mula teruja dengan perbuatan ini apabila memasukkan gambar seksi dalam laman sosial semata-mata untuk menarik perhatian kenalan yang menjadi rakan saya dengan niat menggoda atau ‘test market’.

“Mungkin terpikat dengan gambar sedemikian, ia menjadi senjata untuk membuatkan ramai yang suka bersembang dengan saya dan ingin mengenali saya dengan lebih dekat.

“Bayangkan dalam sekelip mata, saya ada lebih seribu kenalan. Semuanya saya layan dengan baik... jika ada yang hendak bertemu, saya memberi pelbagai alasan tidak boleh keluar.

“Kebanyakan mangsa saya adalah artis baru, anak orang kaya atau yang memiliki kerjaya menarik. Soal memasukkan wang ke akaun bank, mereka tidak kisah berapa jumlah yang saya minta,” katanya kepada wartawan Metro Ahad selepas berjaya memujuknya beberapa kali menceritakan perbuatannya.


Liana berkata, selepas memasukkan wang ke dalam akaun, dia memberi helah memaklumkan wang tiada dalam akaun dan meminta wang dimasukkan lagi.


“Lelaki yang bagaikan lembu dicucuk hidung akan terus memasukkan jumlah lebih banyak ke akaun saya,” katanya yang mengakui ada mangsanya bergelar anak seni dan adik artis terkenal.


Kebanyakan mereka menawarkan diri untuk menjadi teman lelaki dan tidak kurang mengajaknya berlibur.


“Saya sebenarnya bukan gadis liar yang gemar menghadiri parti liar atau bersosial. Apabila melihat lenggok mereka lebih condong ke arah hubungan seks, saya terus mematikan perbicaraan.


“Hampir tiga tahun saya melakukan kerja itu hingga sekarang, saya berasa seronok melihat betapa ramai lelaki mudah terpedaya dengan wanita cantik. Namun jika melihat gaya lelaki jujur pula, saya tidak sampai hati untuk mengayat mereka,” katanya.


Ditanya mengenai wang diterimanya, Liana yang tinggal bersama ibu selepas bercerai sejak lima tahun lalu berkata, dia menghabiskan wang itu bersama rakan dengan membeli-belah mahupun karaoke atau melancong ke pelbagai destinasi.


Menurutnya, dia banyak menghabiskan masa dengan Internet untuk muat turun gambar dan aktiviti dilakukan supaya dirinya sentiasa ada perkembangan terbaru.


“Saya mengambil gambar kawan yang cantik dengan penampilan badan menarik, lalu saya masukkan ke dalam FB. Oleh kerana fizikal saya gemuk, sudah tentu saya malu untuk menampilkan diri sebenar.


“Pernah terjadi seorang kenalan mahu berjumpa dan kami mengadakan janji temu di kompleks beli-belah. Saya menyatakan kesanggupan bertemu demi meyakinkan mereka.


“Namun saya tidak menyatakan diri yang sebenar. Kalau pakai baju biru, saya katakan warna merah untuk mengelirukan mangsa.


“Apabila melihat dia (mangsa) datang dengan menggambarkan warna dan jenis pakaian dipakai, ketika itu saya segera bersembunyi.


“Kemudian saya hubungi lelaki itu dengan mengatakan tidak dapat datang kerana tiba-tiba ada kecemasan atau sakit. Kebanyakan alasan diberi agak konkrit, menyebabkan mangsa percaya apa saya katakan.


“Sebaik melakukan penipuan, saya berasa puas apabila melihat kesungguhan mangsa untuk benar-benar bertemu.


“Daripada situ saya membuat kesimpulan jika selama ini lelaki suka menipu perempuan sesuka hati mereka, kali ini saya ingin melihat bagaimana lelaki pula diperdaya,” katanya.



Sumber



Friday, 16 December 2011

Bapa lapor anak berkhalwat dengan isteri orang


ALOR GAJAH - Sepasang kekasih ditahan di rumah sebuah kampung di sini kerana berkhalwat semalam setelah bapa lelaki yang sudah tidak tahan dengan perangai buruk anaknya itu, melaporkan kepada polis dan imam.

Bagaimanapun, imam yang tiba bersama beberapa ahli jawatankuasa masjid di situ pada jam 10.45 pagi, membebaskan pasangan berusia ­20-an dan 30-an itu selepas memberi nasihat.

Bapa lelaki itu yang bekerja sendiri dan berusia 60-an menghubungi polis serta imam apabila anaknya yang ­berusia dalam lingkungan 30-an ­berada di rumah itu bersama ­kekasihnya, isteri orang beranak dua.

Menurut sumber yang boleh ­dipercayai, bapa lelaki itu tidak senang dengan sikap anaknya yang sering membawa balik kekasih dan berdua-duaan dalam bilik.

Semalam, dia membuat ­keputusan menghubungi polis dan pihak masjid untuk menangkap ­pasangan itu.

Rombongan dari masjid, diketuai imam itu, tiba lebih awal dari yang ­dijadualkan, sementara anggota polis membuat persiapan ke rumah itu.

“Imam itu memberikan nasihat kepada pasangan itu dan melepaskan mereka,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Pegawai Syarak Negeri Melaka, Datuk Abu Khir Jamaludin, ketika ditemui berkata, dalam kes seperti itu, ­pasangan berkenaan sepatutnya ­ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, barangkali kes ini ada kaitan antara keluarga pasangan itu dan imam tersebut.

“Perkara ini tidak boleh ­ dipandang remeh. Siasatan secara telus akan dijalankan. Imam terbabit tidak boleh melepaskan pasangan kekasih itu dengan hanya memberi nasihat. Ini boleh dianggap salah laku dan ­boleh menimbulkan syak. Jika ­ ­perkara ini benar-benar berlaku, imam ­berkenaan boleh didakwa.

“Saya akan ke Balai Polis Kuala Sungai Baru untuk mendapatkan maklumat berhubung kejadian ini dan ia akan dibawa ke bahagian ­penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@2011-2012 runanivle[dot]blogspot[dot]com