LinkExchange

Menu Bar

Button

Ringan

who's.amung.us

Twitter Bird

Showing posts with label SEMASA. Show all posts
Showing posts with label SEMASA. Show all posts

Thursday, 7 June 2012

Cinta Budak-Budak Facebook Berakhir Di Rogol



Belum masuk sekolah menengah sudah pandai ponteng kelas untuk berjumpa teman lelaki. November lalu gadis berusia baru 12 tahun itu pertama kali dirogol oleh pakwenya yang berusia 16 tahun.
Selepas kejadian pertama itu pelajar tersebut, kini 13, mengakui beberapa kali dirogol remaja yang sama.
“Walaupun bekerja di Kuala Lumpur, dia selalu pulang ke rumah keluarganya di sini. Kami selalu berjumpa di sebuah pasar raya di Bercham dan sanggup ponteng sekolah untuk bertemu dengannya,” kata si gadis seperti yang disiar media, kelmarin.
Perlu diingat, hubungan seks beberapa kali itu menjadi jenayah rogol sebab gadis masih di bawah umur. Sekiranya tidak berstatus bawah umur, perlakuan ketika ponteng sekolah itu tidak dikira rogol, dan dianggap hanya sebagai ‘bertukar-tukar hadiah suka sama suka’.
Siapa agaknya yang patut disalahkan dalam kes malang ini? Adakah remaja 16 tahun yang pandai memujuk rayu, mungkin meniru ala-ala romantis dari filem Hindustan, atau dari siri drama Korea yang banyak ditayangkan di TV kita sekarang.
Boleh jadi juga salah si gadis sebab cepat tergoda dan menyerah. Atau adakah salah ibu bapa pelajar berkenaan yang gagal mengawasi pergerakan anak sehingga acap ponteng sekolah untuk bercumbuan.
Tetapi, rata-rata orang menyalahkan Facebook. Laman sosial itulah yang mula mengenalkan ‘Romeo’ dan ‘Juliet’ berkenaan. Seperti yang diakui Juliet, dia mula menjalin hubungan di alam siber pertengahan tahun lalu.
Dari alam siber ke alam nyata, dan… Apabila Mark Zuckerberg mula mencipta Facebook pada 2004 – ketika itu usianya baru 20 tahun – dia mungkin tidak terfikir sisi-sisi negatif yang bakal dicetuskan oleh hasil rekaannya itu. Atau, boleh jadi juga si genius komputer itu memang sudah menjangka akibatnya, dan hanya mengambil sikap ‘ada aku kisah?’
Hari ini, tidak sampai sepuluh tahun, laman sosial ciptaan pelajar tercicir Havard itu mempunyai pelanggan lebih 250 juta di seluruh dunia, dan Zuckerberg menjadi jutawan, sekali gus selebriti dunia. Tidak dinafikan banyak manfaatnya. Maklumat dan data tersebar dan diterima di hujung jari.
Apa yang terjadi di sebelah sana glob, diketahui di sebelah sini dalam beberapa saat. Pasaran saham, keputusan pilihan raya, perlawanan bola sepak Piala Eropah, semuanya boleh diketahui dalam sekelip mata.
Tetapi banyak juga kesan buruknya. Orang boleh melakukan jenayah menerusi laman maya ini. Seperti yang diberitakan dari London kelmarin, maklumat yang dikumpulkan akta kebebasan maklumat United Kingdom mendedahkan, satu jenayah berkaitan dengan laman sosial Facebook akan dilaporkan kepada polis setiap 40 minit.
Menurut laporan itu, tahun lalu sahaja, pihak berkuasa tersebut mencatatkan 12,300 aduan kesalahan melibatkan laman sosial popular itu. Bukan setakat itu, laman tersebut juga dijadikan rujukan bagi penyiasatan kes pembunuhan, rogol, kesalahan seksual kanak-kanak, serangan, culik, ancaman bunuh, saksi ugutan dan rasuah.
Di tempat kita Facebook menjadi medan peperangan, lebih-lebih lagi pada musim-musim pilihan raya seperti sekarang. Siapa sahaja boleh menuduh apa sahaja menerusi laman popular ini. Detik demi detik telefon bimbit kita berdecit, pasti ada fitnah baru yang masuk dalam Facebook kita.
Malah, sudah banyak juga kes orang kita terpedaya menerusi laman maya ini. Ada lelaki tampan, bahasanya indah dan amat mendayu, hingga memikat hati seorang wanita.
Apabila hati sudah terpikat, masa akan banyak dihabiskan melayan jejaka tampan itu menerusi maya. Hari demi hari saling berbalas bahasa indah, tidak disedari cinta telah bersemi di alam maya. Meski hanya dalam maya, keasyikannya amat luar biasa.
Gambar bertukar gambar, termasuk aksi paling menggiurkan. Kemudian si jejaka mula meminta wang untuk urusan yang kononnya membolehkan mereka bertemu di KL.
Demi cinta wang dimasukkan dalam akaun tanpa sedikit pun rasa ragu. Hanya setelah beberapa bulan berlalu, dan RM puluhan ribu telah diberi, barulah diketahui jejaka yang dipuja dan didodoikan menerusi maya itu, rupanya satu penipuan terancang.
Cerita seperti ini semakin kerap kita dengar. Facebook, sama seperti Internet, sentiasa ada manfaat dan kebaikan. Tetapi, sentiasa juga ada bahaya dan keburukan. Jangan salahkan Zuckerberg. Kita tidak perlu lari dari kecanggihan maya. Tetapi perlu menggunakan fikiran, bukan perasaan. ABDUL JALIL ALI ~SINAR
sumber : xlupa

Saturday, 7 April 2012

Budak 10 Tahun Lahirkan Anak


BOGOTA – Seorang kanak-kanak Colombia berusia 10 tahun mencetuskan kemarahan selepas dia menjadi antara ibu paling muda di dunia setelah melahirkan seorang anak perempuan.
Kanak-kanak itu, anggota suku kaum Wayuu di Semenanjung La Guajira, mengandung 39 minggu apabila menjalani pembedahan Caesarean.
Ia kali pertama kanak-kanak itu yang berasal dari bandar Manaure, mengunjungi doktor berhubung kehamilannya.
Dia dilapor tiba di hospital itu dalam keadaan berdarah sambil menangis kerana kesakitan disebabkan deria untuk bersalin.
Doktor mengambil keputusan untuk menjalankan pembedahan yang mengancam nyawa kanak-kanak itu kerana usianya. Bagaimanapun, kanak-kanak itu dan anaknya yang hanya seberat lima paun, sihat walaupun si ibu enggan menyusukan bayinya.
Mereka kini berada di hospital yang lokasinya tidak didedahkan.
Walaupun polis Colombia boleh mengenakan tindakan undang-undang terhadap si bapa atas tuduhan melakukan seks bawah umur, perlembagaan negara itu menjamin autonomi masyarakat Wayuu.
Ia membenarkan suku kaum itu mengekalkan kedaulatan mereka dan beberapa warisan budaya yang antaranya melahirkan anak ketika usia amat muda.
Namun, suku kaum itu enggan mendedahkan identiti si bapa. Beberapa akhbar Colombia meramalkan dia berusia 15 tahun. Ada yang percaya dia berusia 30 tahun.
Kes itu diselar oleh Pengarah Hospital tempat kanak-kanak itu bersalin.
“Ini bukan kali pertama kami menerima kes seperti ini. Kanak-kanak itu sepatutnya bermain anak patung, tetapi sebaliknya, mereka menjaga anak mereka,” kata Efrain Pacheco. – DM

Sunday, 11 March 2012

Lenyap di laman rumah


Semalam kita dikejutkan dengan kehilangan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun. Teruskan membaca untuk berita penuh.

-------------------------------------------------------------------------

PETALING JAYA: Seorang lagi kanak-kanak dilaporkan hilang, kelmarin, 11 hari selepas kehilangan Nurul Nadirah Abdullah, 5, yang disyaki diculik selepas keluar ke kedai berhampiran rumahnya di Johor Bahru masih belum dapat dikesan.
Mangsa terbaru, Wan Hazim Mohd Khaidir, 7, murid tahun satu Sekolah Rendah Islam Pintar Al-Amin, dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat bermain sendirian di halaman rumahnya di Jalan PJS 10/1, Subang Indah, di sini, petang kelmarin.


Sebelum kejadian, kanak-kanak itu dikatakan menonton televisyen di ruang tamu rumahnya jam 12.30 tengah hari sebelum ibunya, Wan Nor Azma Wan Yusof bersama adik bongsunya keluar untuk ke kedai milik mereka di Shah Alam.


Menurut Wan Nor Azma, 33, yang juga peniaga barangan kemas, ketika keluar rumah, Hazim baru selesai makan tengah hari sebelum menonton televisyen, manakala anak sulungnya yang berusia lapan tahun pula di tingkat atas rumah mereka bersama pembantu rumah.


“Sebelum keluar ke kedai kami, saya menutup rapat pintu rumah tapi tidak menguncinya kerana percaya Hazim tidak akan keluar rumah bersendirian, tambahan pula pembantu rumah juga ada di rumah.



“Menurut pembantu rumah, dia turun ke tingkat bawah jam 1 tengah hari tapi tidak melihat Hazim di ruang tamu, menyebabkan dia beranggapan anak kedua saya mengikut saya ke kedai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.



Katanya, kehilangan Hazim hanya disedari apabila dia pulang ke rumah pada jam 6.30 petang selepas ditanya pembantu rumahnya.

                                

Wan Nor Azma berkata, terperanjat dengan pertanyaan pembantu rumahnya, dia terus menghubungi suaminya, Mohd Khaidir Hassan sebelum mereka mencari di sekitar kawasan perumahan itu, selain bertanya jiran.
“Mungkin Hazim membuka pintu dan keluar bersendirian selepas menyedari tiada orang di rumah. Saya buntu memikirkan keadaan anak saya dan di mana dia tidur malam tadi (semalam).

“Hazim susah nak bergaul dengan orang dan sebelum ini dia lebih selesa berada di rumah serta jarang bermain di luar. Namun saya yakin dia keluar dari rumah kerana jiran sebelah memberitahu ada melihatnya bermain di halaman rumah sebelum waktu solat Jumaat,” katanya.


Menurutnya, selepas beberapa jam gagal menemui anaknya, dia bersama suami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.


“Saya harap sesiapa menemui Hazim yang kali terakhir memakai baju-T kelabu dan jeans biru dapat menghubungi kami di talian 012-3400034 atau menyerahkannya ke balai polis berhampiran.


“Hati ibu mana yang tidak bimbang apabila anaknya hilang. Kami hanya mampu berdoa dan meneruskan usaha mencari Hazim selain mengharapkan dia dalam keadaan selamat,” katanya.



Saturday, 10 March 2012

Empat Sen Punya Pasal, Bank Nak Tarik Kereta Saya!



TIADA apa yang dapat dibeli dengan duit 4 sen di Singapura.
Tetapi, 4 sen itu amat berharga kepada pemilik kereta Honda Stream yang ingin dikenali sebagai Zainal.
Ini kerana gara-gara tunggakan ansuran hanya empat sen yang disahkan pihak bank berpunca daripada kesilapan teknikal, beliau dicerut kebimbangan kehilangan keretanya bernilai $60,000 di pasaran.
Kesemuanya bermula selepas bank yang memberi pinjaman keretanya itu, Standard Chartered, menghantar surat amaran tarik keretanya jika beliau gagal melunaskan tunggakan 4 sen itu.
Surat bertarikh 2 Mac lalu itu memberi  Zainal, 50-an tahun, seorang pekerja penerbitan, tempoh selama 14 hari untuk berbuat demikian.
Ansuran bulanannya ialah $916.04 dan perlu dibayar pada hari pertama setiap bulan.
‘Bagi bulan ini, saya tekan butang mesin AXS bagi bayaran $916. Saya ingat baki empat sen dikumpul dan dibayar lain kali.
‘Tetapi, sehari selepas itu saya terkejut apabila menerima notis mendesak saya membayar 4 sen dalam masa 14 hari atau kereta saya dirampas.
‘Peraturan apa ini? Kalau saya tak bayar ansuran bulanan selama dua atau tiga bulan mungkin munasabah tetapi ini hanya 4 sen!’ gelak beliau.
Menurut Zainal, inilah kali pertama beliau menerima surat amaran sedemikian sejak sudah 30 tahun memandu dan menukar banyak kereta.
‘Biasanya pihak bank atau firma kredit akan menelefon atau menghantar surat peringatan jika saya bayar lambat. Mereka tidak terus hantar surat amaran mahu tarik kereta seperti Standard Chartered!’ tegas beliau.
Diminta mengulas, Haji Ismail Yusof, 46 tahun, yang lebih dikenali sebagai Dr Kereta, menyifatkan tindakan bank berkenaan bukan saja ‘tidak munasabah’, malah ‘tidak masuk akal’.
‘Pihak bank atau firma kredit biasanya kirim surat peringatan dan akan hanya menghantar notis merampas kereta sebagai langkah terakhir selepas dua atau tiga bulan tak bayar.
‘Tindakan menggertak pelanggan secara ini memang tak perlu dan tidak wajar,’ tambahnya.
Ketika diminta penjelasan mengenai isu tersebut, seorang jurucakap Standard Chartered, dalam e-mel balasnya semalam, berkata:
‘Apa yang boleh kami katakan ialah ia disebabkan kesilapan teknikal dan kami ingin memohon maaf di atas kesukaran yang timbul.
‘Seperti kebiasaannya, kami bekerja rapat dengan pelanggan kami bagi menyelesaikan sebarang isu dan keperihatinan dan kami telah pun menjelaskan perkara berkenaan kepada pelanggan berkenaan.’
Zainal mengesahkan pihak bank telah menghubunginya pagi semalam dan memaklumkan duduk perkara sebenar.
‘Saya terima penjelasan dan dah maafkan mereka,’ tambahnya

Sunday, 19 February 2012

Suami kencing muka isteri ditahan

KANGAR: Suami kepada seorang wanita yang melarikan diri dari rumah selepas tidak tahan diliwat serta dikencing di mukanya, akhirnya dicekup polis, kelmarin.
Lelaki berusia 43 tahun yang juga penjawat awam di negeri ini ditahan di rumahnya jam 4 pagi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar sebaik menerima maklumat.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, lelaki terbabit hanya terpinga-pinga tanpa mengetahui alasan dirinya ditahan sehingga diberitahu anggota polis.


Katanya, suspek tidak menyedari isterinya melarikan diri dan membuat laporan polis sehingga dia dicekup untuk membantu siasatan.

“Suspek kini direman sehingga 20 Februari ini dan tempoh remannya akan disambung selepas tarikh berkenaan bagi siasatan.


“Kesalahan dilakukan suspek dianggap serius dan jarang berlaku di negeri ini, malah yang menjadi mangsa dalam kes ini ialah isterinya,” katanya.



Katanya, anak mangsa kini dijaga keluarga terdekat dan isteri suspek juga kini dalam keadaan selamat.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan derita seorang ibu kepada tiga anak yang terpaksa melarikan diri dari rumah selepas sering diliwat suaminya sebelum dikencing pada mukanya setiap kali ‘bersama’.


Mangsa berusia 38 tahun itu juga terpaksa menanggung derita berkenaan sejak lima tahun lalu selepas suaminya berkenalan dengan seorang wanita yang jauh lebih muda daripadanya.

Suami bertopengkan syaitan itu juga bertindak ganas dan akan memukul mangsa jika kemahuan jijiknya tidak dituruti isterinya.



Sumber

Saturday, 7 January 2012

AWAS, SINDIKET PENIPUAN FACEBOOK TIMELINE SEDANG BERLELUASA


SINDIKET penipuan sedang berleluasa di Internet dimana mereka meyakinkan pengguna Facebook Timeline bahawa mereka boleh kembali kepada rupa facebook yang asal dan menyebabkan data pengguna terdedah dan boleh diakses dengan mudah.

Penipu menggunakan aplikasi di Facebook untuk menawarkan pengguna satu kaedah untuk mengembalikan perubahan Timeline Facebook dan kembali ke profil lama. Bentuk penipuan permohonan adalah dengan menggunakan gelaran seperti "Nyahaktifkan Timeline FB" dan boleh didapati dengan mudah melalui fungsi carian Facebook. Dengan menyukai permohonan dan berinteraksi dengan arahan pada halaman ini, pengguna secara tidak sengaja memberikan peluangkepada penipu untuk mengakses profil Facebook dan membenarkan penipu mengepos mesej spam dengan pautan secara automatik yang akhirnya memberi pulangan wang kepada kumpulan sindiket penipuan ini selepas seseorang mengklik pautan.

Sesetengah aplikasi penipuan yang telah wujud sekurang-kurangnya telah mengumpul lebih 70,000 likes dari pengguna Facebook yang tidak curiga dalam dua minggu. Banyak permohonan akan menggalakkan peminat yang "like" untuk menjemput rakan-rakan mereka juga. Laman Keselamatan Facebook utama tidak memberi amaran kepada pengguna tentang penipuan ini kerana pihak pengurusan Facebook belum mengeluarkan kenyataan rasmi untuk memberitahu pengguna bahawa Timeline tidak boleh dinyahaktifkan apabila ciri tersebut telah diaktifkan pada profil pengguna. Facebook Timeline telah mula mendapat sambutan oleh pengguna sejak 15 Disember lalu, tetapi tidak semua pengguna Facebook telah mengaktifkan ciri tersebut. Facebook telah memparkenalkan kemas kini untuk pengguna iPhone yang merangkumi ciri Timeline baru pada profil.

Reaksi orang ramai kepada Timeline Facebook agak negatif sejak ciri baru itu diperkenalkan pada akhir bulan September 2011. Di samping itu, pelancaran Facebook Timeline telah berterusan ditangguhkan oleh pegawai-pegawai syarikat dalam tempoh tiga bulan terakhir 2011. Walau bagaimanapun, pengguna yang telah beralih kepada Facebook Timeline mengambil kesempatan daripada ciri baru seperti gambar muka, memperincikan peristiwa-peristiwa hidup sebelumnya dan meningkatkan keselamatan pada paparan-paparan terdahulu.



Monday, 2 January 2012

Busuk.org Memperkenalkan Aplikasi Shoutbox Percuma


Assalamualaikum
dan salam sejahtera. 
Mungkin anda sudah mengetahui 
yang salah satu syarikat yang menyediakan shoutbox
iaitu Shoutmix telah menamatkan perkhidmatannya
secara percuma.
Ini menyebabkan banyak rungutan dikalangan blogger 
yang ingin terus menggunakan perkhidmatan shoutmix tersebut.

Kini, muncul sebuah kumpulan 
yang membangunan 
laman Ping, Ping.Busuk, dan laman perkongsian video, Video.Busuk,
telah mula membangunkan sebuah aplikasi Shoutbox percuma 
terutamanya untuk blogger Malaysia.

Berikut adalah kelebihan yang ada pada Shoutbox terbaru ini (diambil dari laman Shout.Busuk):
  1. Real-time chat – Maknanya anda tak perlu lagi nak refresh shoutbox anda setiap kali nak tengok mesej baru
  2. Custom smilies – Kami menyediakan hampir 100 bentuk emoticon smilies untuk anda. Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan smiley anda sendiri dan boleh pilih sama ada ingin menggunakan bersama smilies kami ataupun menggunakan smilies anda sahaja.
  3. Customizable – Anda juga boleh customize color shoutbox anda mengikut color yang anda sukai atau bersesuaian dengan laman web anda
  4. Word filter – Tak suka dengan sesuatu perkataan? Anda boleh filter perkataan tersebut dan menggantikannya dengan perkataan yang lain.
  5. Ban system – Anda boleh menggunakan ban system kami untuk menghalang sesiapa sahaja daripada menggunakan shoutbox anda
  6. Online user counter – Memaparkan bilangan user online yang sedang menggunakan shoutbox anda
  7. FREE! – Dan yang paling penting sekali, shoutbox yang kami sediakan ini adalah percuma!
Bagi para pembaca yang ingin menggunakannya, anda boleh mendaftar pada halamanShout.Busuk.org. Selamat mencuba !!

Hantu Kak Limah Berjaya Ditangkap!


Misteri gangguan makhluk halus menyerupai hantu Kak Limah menyelubungi kehidupan satu keluarga di Kampung Temiang, Marang Terengganu sejak lebih seminggu lalu terungkai apabila seorang ustaz yang menggunakan kaedah perubatan secara Islam tampil membantu.
Proses pemulihan yang dilakukan Ustaz Nor Hasrul Mohd Hassan dari Perubatan Syifa Al Ikhlas yang berpangkalan di Serendah, Selangor itu yang tiba kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin, bermula di rumah pusaka keluarga berkenaan di Jerangau kira-kira jam 4 petang.
Bagaimanapun usaha untuk menghalau makhluk halus di rumah Syaawal Mazlan di Kampung Temiang, di sini hanya dilakukan kira-kira jam 9 malam berikutan detik itu dikatakan bermulanya kehadiran makhluk menyerupai hantu Kak Limah itu.
Kak Limah adalah nama watak seorang wanita yang disangka jelmaan hantu dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mendapat sambutan hangat di pawagam tahun lalu.
Usaha Sinar Harian untuk tiba ke lokasi berkenaan agak mencabar berikutan lokasi rumah keluarga terbabit yang agak terpencil, selain keadaan hujan lebat ditambah jarak rumah agak jauh lain merumitkan lagi proses mendapatkan maklumat daripada penduduk kampung.
Bagaimanapun, selepas berjaya masuk ke jalan yang bakal menghubungkan Kampung Temiang melalui laluan Wakaf Tapai-Marang, kewujudan sebuah warung kopi di tepi jalan dengan kesediaan pelanggannya yang terdiri daripada penduduk tempatan memberi maklumat diperlukan, memudahkan usaha untuk menjejaki rumah Syaawal yang menjadi lokasi liputan bahan berita itu.
Sebaik tiba di lokasi dituju, wartawan Sinar Harian terpaksa pula meninggalkan kereta di tepi jalan kecil kerana rumah itu terletak agak jauh di tengah padang.
Dalam keadaan hujan renyai-renyai, perjalanan menuju ke rumah itu amat mencabar. Terpaksa meredah selut berlumpur selain situasi gelap yang amat menyeramkan.
Sedia menanti termasuk bapa Syaawal, Mazlan Ali, 55, dan ahli keluarga terde­kat selain penduduk kampung turut tidak melepaskan peluang.
Sinar Harian yang tiba ke rumah papan dibina semula daripada perkayuan rumah pusaka keluarga berkenaan bagaimanapun tiba-tiba dikejutkan dengan situasi tegang melibatkan adik Syaawal, Mat Ali, 15, yang secara tiba-tiba menangis, tidak sedarkan diri dipercayai akibat dirasuk.
Selang beberapa minit kemudian, tatkala ahli keluarga sedang menenteramkan Mat Ali, kakaknya, Masliana, 31, tiba-tiba dikatakan terpandang lembaga berambut panjang duduk di alang rumah.
Ustaz Hasrul pada ketika itu berada di rumah berdekatan selepas menikmati makan malam sebaik dimaklumkan perkara itu, bergegas ke rumah Syaawal lalu terus memulakan proses menghalau makhluk halus yang merasuk.
Pada masa itulah, Masli­ana tiba-tiba menunjukkan aksi dan tenaga luar biasa, membuka pencak silat untuk bertarung dengan Ustaz Hasrul. Tiada langsung ciri-ciri kewanitaan pada lagaknya, yang kelihatan hanya langkah pendekar. Namun, biar begitu hebat pun Masliana, mudah sahaja langkahnya dimatikan Ustaz Hasrul dengan ayat suci al-Quran. Ternyata yang bersilat itu bukan Masliana sebenar tetapi makhluk halus yang menguasai tubuhnya.
Bacaan ayat al-Quran selain azan akhirnya berjaya membuat jin yang menguasai wanita itu terperangkap. Masliana pulih apabila jin terbabit berjaya dikurung di dalam botol oleh Ustaz Hasrul.
Mat Ali dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat dirasuk makhluk halus dipercayai jin kafir itu sempat berkomunikasi dengan Ustaz Hasrul sebelum jin itu dimatikan melalui sembelihan leher secara kaedah kebatinan.
Jin yang merasuk ke dalam tubuh Mat Ali akhirnya berjaya dikeluarkan selepas hampir setengah jam berhempas pulas dan ia turut dimasukkan ke dalam botol plastik.
Ustaz Hasrul kemudian menepung tawar katil pusaka dipercayai menjadi punca segala kemelut yang berlaku.
Proses rawatan tidak meng­­gunakan sebarang alat lain seperti kemenyan atau asap yang biasa digunakan bomoh tradisional kecuali air penawar itu berakhir kira-kira jam 11.15 malam, sebelum penduduk kampung bersurai setelah kesemuanya berpuas hati dengan kejayaan rawatan diberikan.
Akhirnya, kehadiran Ustaz Hasrul membantu mengusir makhluk halus yang mengganggu keluarga tanpa bayaran, berjaya mengembalikan semula keharmonian hidup keluarga Syaawal. (SINAR HARIAN)

Sumber

Friday, 30 December 2011

Selamat Tahun Baru !!!

Kehadapan JANUARY,
Apa kabar FEBRUARY? Tolong
beritahu MARCH yang APRIL
cakap
MAY akan datang sebelum JUNE,
Saya dengar JULY akan berkahwin
dalam bulan AUGUST,
Bagaimana dengan SEPTEMBER
dan anak-anaknya?
Kirimkan salam saya pada
OCTOBER dan jangan lupa
beritahu NOVEMBER bahawa
kawan-kawan saya yang
membaca ini akan menghadapi
DECEMBER yang indah lagi!!!...:) :)
Selamat menyambut hari-hari
terakhir di bulan December tahun
2011...



Sumber: Facebook

Tahukah Anda Wanita Malaysia Kuat Curang

Sekadar gambar hiasan


Tidaklah semua, tetapi sebahagian wanita Malaysia mempunyai kecenderungan untuk bersikap curang terhadap pasangan mereka.
Melalui Durex Sexual Well-Being Global Survey 2011 mendedahkan 39 peratus wanita Malaysia mengakui mereka pernah curang terhadap pasangan masing-masing.
Manakala, hanya 33 peratus lelaki Malaysia memiliki sikap yang sama.
Secara keseluruhan, tanpa mengira jantina pula, Malaysia berada di tangga ketiga paling ramai pasangan yang curang.
Di atas Malaysia adalah negara Thailand dan Korea selaku juara dan naib juara bagi jumlah pasangan yang kuat curang.
Kajian itu melibatkan 36 buah negara dan dilancarkan November lalu.
Fakta-fakta lain hasil kajian berkenaan ialah;
- Rakyat Amerika Syarikat (AS) paling aktif membuat hubungan seks iaitu 132 kali setahun diikuti Rusia sebanyak 122 kali dan Perancis sebanyak 121 serta Greek (115
kali).
- Rakyat Malaysia merupakan antara negara paling kurang melakukan hubungan seks (62 kali) selain Jepun (37 kali) dan China (69).
- Secara keseluruhan tanpa merujuk mana-mana negara, kajian itu turut mendapati bahawa pasangan tidak berkahwin yang hidup bersama melalukan seks sebanyak 146 kali setahun.
- Manakala, Pasangan berkahwin membuat hubungan seks sebanyak 98 kali setahun.
- Empat peratus daripada responden yang ditemuramah mengakui melalukan hubungan seks setiap hari.
- 57 peratus melakukan seks paling kurang sekali seminggu.
- Secara umum, masyarakat serata dunia lebih rela keluar bergembira bersama rakan daripada melakukan hubungan seks. Hampir satu perlima atau 22 peratus memilih rakan
daripada seks dengan pasangan (19 peratus) manakala 10 peratus lagi memilih untuk bersukan atau keluar membeli-belah.


Monday, 26 December 2011

Lagi Gay Melayu Berkahwin…Kali Ini Di Greece


Dalam pada masyarakat kecoh memperkatakan mengenai tindakan seorang pelajar Melayu yang berkahwin dengan pasangan sejenisnya di Dublin, kini ramai pula yang sedang memperkatakan kononnya ada seorang lagi pemuda Melayu yang pernah berbuat demikian di luar negara. KlikKlik
Bahkan dia dikatakan terlebih dahulu melakukan ‘perkahwinan’ sebegitu, dan ianya dilangsungkan di Greece.
Dalam erti kata lain, kalau perkara ini benar, bukan satu, tetapi sudah dua pemuda Melayu yang dikesan terlibat dalam perkahwinan homoseksual ini.
Antara blog awal yang menyiarkan artikel dan gambar yang didakwa membabitkan pelajar Malaysia di Greece itu ialah sozcyili.blogspot.com dan ar-rifke.com.
Bagaimanapun tiada maklumat lengkap yang dapat mengesahkan perkara itu. Kedua-dua blog berkenaan menyatakan gambar terbabit diperolehi dari sebuah blog lain. Best !!
Menurut sozcyili.blogspot.com, ia memperolehi maklumat mengenai perkahwinan gay Melayu di Greece itu dari sebuah blog yang diberikan sahabatnya ketika melayari Facebook.
Bagaimanapun blog itu tidak menyebut dan memberikan link kepada blog yang dimaksudkannya itu.
“Dan ketika melayari satu blog yang diberikan sahabat fb (Facebook) tadi, rupanya baru tahu bahawa arif alfian bukanlah lelaki Melayu Islam yang pertama kahwin dengan lelaki Mat Saleh di luar negara. Lihat bawah neh (ini),” catat sozcyili.blogspot.com merujuk kepada gambar seorang lelaki berpakaian lengkap bersongkok dan bersamping berpimpingan tangan dengan seorang lelaki Inggeris. Jom pergi sini
Jauh di sudut hati, penulis harap berita ini tidak benar tetapi jika ia sungguh bagai dikata, penulis hanya mampu beristighfar dan beristighfar.
Harap ia tidak terjadi pada anak cucu dan keturunan kita, Nauzubillah – Oleh SYAHRIL A. KADIR


Gambar Lelaki Paling Cantik Didunia

Siapa sangka lelaki yang telah menukarkan jantinanya telah dinobatkan paling cantik didunia. Kalau dilihat dengan mata kasar, memang tak nampak sangat dia ni secara aslinya adalah lelaki.



Disebalik kecantikannya yang luar biasa,sebenarnya Nong Poy Treechada adalah seorang Lelaki yang telah melakukan pembedahan kelamin pada usia 17 tahun. KLIK KLIK
Nong poy yang lahir pada tahun 1984 ini memiliki ketinggian 171 cm,Ukuran badan: 33-24-36 dan Berat: 48 kg.Jiwa ke’wanita’annya sudah mulai dirasakan sejak Nong poy berada di bangku Sekolah Rendah lagi.



Nong Poy merasakan dirinya lebih sesuai menjadi seorang perempuan berbanding lelaki dan Nong Poy sudah lama bermimpi untuk menjadi seorang perempuan,Tetapi jika dia berada dihadapan orang tuanya,Nong Poy masih berkelakuan seperti Anak Lelaki.Nong Poy melakukan pembedahan ketika berumur 17 tahun.

Pada awalnya Nong Poy sangat takut melakukan pembedahan tersebut,tetapi setelah meminta nasihat dengan ramai doktor pakar,akhirnya dia memutuskan untuk melakukan pembedahan menukar jantina tersebut.


Proses pembedahan itu sangat menyakitkan bagi Nong Poy. Dia mengalami kesakitan yang luar biasa, tapi demi ‘cita-cita’nya menjadi seorang perempuan, dia tidak ambil peduli dengan rasa kesakitan pada saat itu. Setelah dia berubah menjadi ‘perempuan’,rasa sakit itu dianggapnya sebagai berbaloi. CHAK !!!
Dua tahun setelah melakukan pembedahan, Nong Poy berjaya memenangi Pertandingan Kecantikan ‘Miss Tiffany‘ ketika berusia 19 tahun. Pada tahun yang sama, Nong Poy menjadi Miss International Queen (lady-boy) 2004.
Dia semakin dihargai bukan semata-mata kerana prestasi di pentas dunia yang dia perolehi. Tidak seperti wanita lainnya,Nong Poy tidak melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.Dia hanya melakukan pembedahan pada anggota tubuhnya dan menukar alat kelaminnya menjadi wanita. HELLO !!
Oleh karena itu,dia pun ditawar sebagai Model, Bintang Iklan dan juga Pengacara di Thailand. Selain Cantik,Nong Poy juga bijak dan berbakat. Kecerdasan dan kecantikannya pada akhirnya dapat diterima dengan baik oleh masyarakat Thiland. ‘Nong Poy Treechada’ yang nama sebenarnya ‘Treechada Petcharat’,dikatakan kononnya sudah bertunang dengan seorang Aktor Lelaki Thailand.

Gambar ketika remaja



Sumber

"Dia ni langsung tak bersyukur dilahirkan sebagai lelaki"

Rezeki jangan ditolak
maut jangan dicari.
Jom klik SINI


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@2011-2012 runanivle[dot]blogspot[dot]com