LinkExchange

Menu Bar

Button

Ringan

who's.amung.us

Twitter Bird

Showing posts with label TRAGEDI. Show all posts
Showing posts with label TRAGEDI. Show all posts

Tuesday, 24 January 2012

Bayi yang kurang bernasib baik


Ya Allah...
cuba korang lihat gambar bayi kat atas ni
kesian nya...
Marilah kita mendoa kebahagian bayi dan keluarganya...
walaupun kita tak tahu kesahihan gambar tersebut
Waallahualam....

Monday, 2 January 2012

Top 5 Kes Pembunuhan Paling Kejam Di Malaysia

Berikut merupakan lima kes pembunuhan yang paling kejam dalam sejarah negara. Siri pembunuhan yang kejam dan menyayat hati.


5 - Pembunuhan Altantuya Shaariibuu



Tarikh pembunuhan : 18 Jun 2006.
Mayat Altantuya telah diletupkan sehingga menjadi cebisan dan ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor. Altantuya telah ditembak dua kali sebelum bom jenis C-4 diletupkan pada mayat mangsa. Mahkamah mengambil masa 159 hari untuk menyelesaikan kes berkenaan dimana tertuduh, Sirul Azhar dan Azilah dijatuhi hukuman mati.

4 - Pembunuhan Sosilawati Lawiya


Tarikh pembunuhan : 30 Ogos 2010
Merupakan kes pembunuhan berprofil tinggi yang terbaharu. Jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya telah dibunuh bersama-sama dengan peguam, penasihat kewangan dan pemandu beliau apabila mereka membuat perjalanan ke Banting untuk berunding berhubung perjanjian tanah. Keempat-empat mangsa yang dilaporkan hilang, dipukul sehingga mati dan mayat mereka kemudiannya dibakar. Abu mereka bertaburan di sepanjang sungai berhampiran Ladang Gadong di Tanjung Sepat, dekat Banting. Buat masa ini seorang peguam, N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladang, T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Kathavarayan dituduh melakukan pembunuhan tersebut.

3 - Pembunuhan Canny Ong


Tarikh pembunuhan : 14 Jun 2003
Canny telah diculik dengan diacukan sebilah pisau ke arahnya, di kawasan meletak kenderaan di kompleks membeli-belah Bangsar. Kemudian mangsa dirogol, ditikam dan dicekik sebelum di buang ke dalam longkang di tapak pembinaan Projek Lebuh Raya Pantai Baru, Petaling Jaya. Penyerangnya, Ahmad Najib Aris kembali sehari kemudian untuk membakar mayat mangsa. Ahmad Najib kemudiannya menerima hukuman gantung sampai mati.

2 - Pembunuhan Nurin Jazlin


Tarikh pembunuhan : Diantara 20 Ogos 2007 (hilang) sehingga 17 September 2007 (ditemui)
Gadis yang berusia lapan tahun itu dilaporkan hilang selepas dia pergi ke pasar basah berhampiran rumahnya untuk membeli klip rambut pada malam 20 Ogos 2007, di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, mayat mangsa ditemui di dalam sebuah beg pada pagi 17 September 2007. Mangsa ditemui telanjang, dalam kedudukan janin dengan timun dan terung disumbat ke dalam kemaluannya. Siasatan telah dijalankan, tetapi sehingga hari ini pihak polis masih gagal mengesan pembunuh.

1 - Kes Mona Fandey



Tarikh pembunuhan : 18 Julai 1993 (10-12 malam)
Mangsa, Mazlan Idris yang juga merupakan ADUN Batu Talam, ingin meningkatkan kerjaya politiknya meminta bantuan Mona. Semasa upacara “pembersihan”, mangsa diarahkan berbaring di atas lantai menghadap atas, manakala Mona meletakkan bunga kepadanya. Mangsa kemudiannya diarahkan untuk menutup mata dan menunggu wang “jatuh dari langit”. Pembantu Mona, Juraimi Hassan kemudian memenggal kepala mangsa dengan sebilah kapak sebelum mayatnya dikerat kepada beberapa bahagian. Mayat mangsa dijumpai dalam 18 keratan, dikebumikan di stor berhampiran dengan rumah Mona di Pahang.

Sunday, 1 January 2012

Mayat mangsa lemas berpelukan


GERIK – Mayat tiga kanak-kanak termasuk dua beradik yang hanyut selepas sampan mereka terbalik di Sungai Perak berhampiran Kuala Kenderong dekat sini pada Khamis lalu dijumpai awal pagi semalam.
Mayat Muhammad Amir Fadlillah Ruzai, 11, dan adiknya, Muhammad Adham Hamiz, 8, ditemui terapung kira-kira 30 kilometer (km) dari lokasi kejadian pada kira-kira pukul 3 pagi.
Agak mengharukan apabila mayat mereka ditemui dalam keadaan berpelukan oleh seorang penduduk kampung yang sedang memeriksa pukatnya di tebing Sungai Perak berhampiran Titi Air Ganda dekat sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Supritendan Wan Jamil Wan Chik berkata, mayat Mohd. Saiful Haikal Dahari, 7, pula ditemui oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 9 pagi.
“Mayat tersebut dijumpai di kawasan Tasik Chenderoh iaitu kira-kira lima kilometer dari lokasi mangsa pertama dan kedua ditemui,” katanya di sini semalam.
Jenazah tiga kanak-kanak itu dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Padang di sini selepas solat Zuhur.
Kosmo! semalam melaporkan tiga kanak-kanak tersebut hilang selepas menaiki sampan milik bapa saudara mereka di Sungai Perak pada pukul 12 tengah hari Khamis lalu.

Sumber

Tuesday, 20 December 2011

Seorang Ibu Pengsan di Jalan. Anaknya Menangis Histeria Tapi Tidak Ada Yang Mahu Menolong


China memang terkenal dengan ketidakpedulian masyarakatnya akan penderitaan orang lain. Beberapa waktu yang lalu, sempat marak beredar video seorang anak yang kecelakaan, tapi orang yang lalu lalang tidak memperdulikannya, hingga akhirnya sang anak harus tewas di hospital.

Khabar terbaru, beredar sebuah foto saat seorang ibu muda pengsan di jalanan kota Xi'an, sementara disampingnya, anaknya yang masih kecil menangis histeria. Di sekeliling ibu pengsan itu ramai orang yang malah asyik menonton dan tidak memperdulikan nasib si ibu yang pengsan itu. Bahkan untuk sekedar menggendong si anak kecil itu supaya terdiam dari tangisnya.



Sumber

Saturday, 17 December 2011

KEMATIAN PALING SADIS: 44 HARI PENYEKSAAN


Pada 25 November 1988, ketika beliau baru sahaja berusia 16 tahun, beliau telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan kemudian mengurungnya di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik beliau. Rumah tersebut terletak di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo. Mereka memperkenalkan Junko sebagai seorang teman wanita kepada salah seorang daripada mereka.

Untuk menutup perbuatan mereka, salah seorang daripada penjenayah tersebut menyuruh Junko menghubungi ibubapanya dan memberitahu bahawa beliau telah lari dari rumah dan sedang berada dengan temannya dan ‘tidak dalam bahaya’

Sepanjang dikurung, Junko pernah beberapa kali cuba melarikan diri, tetapi tidak berjaya dan akan diseksa dengan lebih dahsyat setelah ditangkap. Beliau juga banyak kali merayu kepada ibubapa Kamisaku iaitu tuan rumah tempat beliau dikurung untuk membantu beliau, tetapi mereka takut diapa-apakan oleh penculiknya. Tambahan pula, salah seorang daripada penculik beliau merupakan pemimpin rendah yakuza, dan memberi amaran akan menyuruh kenalannya membunuh sesiapa yang cuba masuk campur.




 Seksaan-seksaan yang Junko deritai:

 HARI PERTAMA:

  •  Diculik.
  • Dirogol (lebih daripada 400 kali)
  •  Kebuluran dan kekurangan nutrisi
  • Makan lipas untuk makanan dan minum air kencing sendiri
  • Dipaksa onani
  • Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya
  • Dicucuh dengan pemetik api
  • Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@2011-2012 runanivle[dot]blogspot[dot]com