LinkExchange

Menu Bar

Button

Ringan

who's.amung.us

Twitter Bird

Showing posts with label PELIK. Show all posts
Showing posts with label PELIK. Show all posts

Wednesday, 28 December 2011

Hotel Untuk Orang Yang Sudah Mati Di Jepun


LASTEL di Yokohama ialah sebuah hotel yang istimewa. Kesemua penghuninya terdiri dari mereka yang sudah meninggal dunia. Di Jepun kadar kematian tahunannya ialah0.94% . Ini adalah jauh lebih tinggi dari purata kematian dunia 0.84% setahun. Tahun lalu sahaja terdapat lebih 1.2 juta kematian diseluruh negara matahari terbit ini. Ini adalah peningkatan sebanyak 55 000kematian dari tahun sebelumnya. Akibat kadar kematian yang bertambah, rumah mayat dan pembakaran menghadapi masalah menguruskan jenazah. Si mati yang siap diuruskan rumah pengkebumian biasanya terpaksa menunggu sehingga 4 hari sebelum mayatnya dibakar. Melihat situasi ini Encik Hisayoshi Teramura mendapat idea membina LASTEL sebagai tempat“penginapan” terakhir simati.Kamu pasti tertanya
“Kenapa tak bina sahaja lebih banyak rumah mayat dan rumah pembakaran? Kan lebih mudah?”
Jawapannya ialah di Jepun tanahnya terhad. Tiada siapa mahu rumah pembakaran atau bilik mayat berhampiran rumah mereka. Nak letak keranda dirumah sementara menunggu giliran pembakaran pula rumah di Jepun memang terkenal kecil. Encik Hisayoshi Teramura mengenakan bayaran YEN 12 000 (USD 157) semalam kepada waris simati bagi memberi perkhidmatan menyimpan mayat dalam suasana yang dignified. Bilik LASTEL sebenarnya hanyalah bilik-bilik sejuk dan ahli keluarga boleh melawat simati bila-bila masa mereka rasakan selesa.?




Pokok Pisang Emas ‘Mengandung’


TUNJANG – “Saya terkejut apabila melihat satu daripada pokok pisang emas yang ditanam berbuah di batangnya dan kelihatan seperti sedang mengandung,” kata seorang pencuci bangunan selepas melihat kejadian aneh itu di rumahnya di Kampung Tanjung, Jeram di sini.
Siti Aishah Ibrahim, 37, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu selepas membersihkan dan menebas semak samun di sekitar kawasan rumahnya pada petang Ahad lalu. KlikKlik
“Tidak sangka pula petang itu saya akan menjumpai buah pisang yang keluar di batangnya seperti orang mengandung iaitu pada pokok pisang yang ditanam oleh arwah ibu lebih setahun lalu.
“Sejak setahun lalu, pokok terbabit telah mengeluarkan tiga kali hasil namun ini merupakan kali pertama ia keluar di batang seakan mengandung dan tidak berlaku pada pokok pisang yang lain,” katanya kepada Sinar Harian. JomJomJom
Siti Aishah berkata, buat masa ini dia tidak berhasrat menebang pokok itu kerana mahu menunggu keseluruhan hasilnya.
“Saya tidak akan tebang dan mahu melihat apa akan terjadi seterusnya kerana ia juga berbuah dalam keadaan menaik dan bukan menurun seperti pisang yang lain. SINI MARI
“Kami sekeluarga bersyukur diberi peluang melihat perkara aneh tetapi benar seperti ini dan berharap menerima rezeki daripada Tuhan,” katanya.



Tuesday, 27 December 2011

HIDANGAN DAGING ANJING DI CHINA

Di negara China, daging anjing dijual di restoran-restoran tertentu bagi menyediakan menu makanan daging anjing kepada pelanggannya





Tuesday, 29 November 2011

Binatang berterbangan menyerupai manusia menggemparkan Filipina

Baru baru ini masyarakat Filipina dihebohkan dan tergempar oleh penampakan makhluk aneh yang menyerupai manusia dan ianya kelihatan berterbangan tinggi dilangit. Foto makhluk aneh tersebut di tangkap dan diabadikan oleh seorangwarga tempatan, namun kebenaran dari foto  tersebut masih banyak yang meragukan. Ini kerana zaman serba canggih ketika ini mungkin orang umum boleh mengolah atau di ‘photoshop’ foto atau video untuk membuatkan ianya sensasi dan berita yang hangat ini amat menjadi perhatian umum. Berikut foto makhluk aneh menyerupai manusia terbang di Filipina













Klik sini kalau suka


Monday, 28 November 2011

Anak Kambing Berwajah Pelik


GERIK – Kelahiran seekor anak kambing berwajah pelik milik seorang penternak, Abd Karim Abd Hamid, 69, pada Isnin lalu, menggemparkan penduduk di kampung Air Suda 2, di sini.
Menantunya, Mohd Halim Mat Wahid, 37 berkata, wajah anak kambing dari spesies boer itu dianggap satu perkara yang luar biasa dan ia telah menarik perhatian orang ramai.
Katanya, Abd Karim telah menternak kambing sejak lebih 20 tahun lalu dan ini merupakan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku.
“Bapa mertua saya adalah seorang pesara tentera dan telah menternak kambing sebaik sahaja dia bersara daripada perkhidmatan dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Sebelum ini semua anak kambing di kandang ternakannya dilahirkan dalam keadaan normal dan kejadian pada kali ini memang mengejutkan ramai penduduk,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Mohd Halim, kelahiran anak kambing berkenaan disedari pada jam 8 pagi di kandang kambing bapa mertuanya di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Fasa 2, Gerik-Kupang.
Walau bagaimanapun, kata Mohd Halim, anak kambing itu telah mati selepas beberapa saat dilahirkan dan telah dikebumikan di belakang rumah bapa mertuanya.
Katanya, kebanyakan penduduk yang berkesempatan datang dan melihat sendiri anak kambing itu mengatakan wajah peliknya agak menakutkan.
“Anak kambing itu dilahirkan oleh seekor ibu kambing yang berusia tiga tahun, dan kami tidak tahu kenapa wajahnya pelik kerana anak kambing yang lahir sebelumnya dilahirkan dalam keadaan normal.
“Faktor pemakanan tidak mungkin menjadi punca kerana ibu kambing itu diberi makan sama seperti kambing ternakan lain,” katanya.

Lvna said: Subahanallah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@2011-2012 runanivle[dot]blogspot[dot]com