LinkExchange

Menu Bar

Button

Ringan

who's.amung.us

Twitter Bird

Showing posts with label Peribadi. Show all posts
Showing posts with label Peribadi. Show all posts

Friday, 11 January 2013

Selamat tinggal old Lvna

Assalamualaikum

2 minggu saya jadi pelajar form 5. Alhamdulillah semua nya ok....walaupun kadang-kadang saya rasa nak kembali semula ke form 4. Lvna juga ada terfikir, kenapa saya awal sangat ambil SPM. Masuk minggu kedua tahun 2013, apa yang saya tetapkan untuk tahun ini masih dapat dilaksanakan dengan baik. Lvna dah siapkan semua kerja sekolah, tak macam tahun lepas, tak buat kerja sekolah. Saya juga cuba untuk tidak tidur waktu petang supaya masa tersebut dapat digunakan untuk menyiapkan kerja sekolah. Saya juga ada cuba untuk mengurang ketawa (ketawa yang banyak akan menyebabkan ilmu berkurangan) dan kurang berjenaka (banyak berjenaka akan menyebabkan diri kita akan dipermainkan kembali).

Minggu kedua ni juga saya sangat sibuk dan kadang-kadang bila balik ke asrama selepas prep malam Lvna terus tidur dan tak sempat tanggalkan tudung sebab letih sangat. Saya juga berazam untuk lebih aktif dalam kokurikulum (KK) sebab markah KK saya form 1-3 hilang entah ke mana. Markah tu sangat penting sebab diambil kira untuk melanjutkan pelajaran- 10%. Lvna juga nak join pertandingan kawat kaki Kadet Polis peringkat daerah dan seterusnya peringkat negeri, itu pun kalau mak bagi kebenaran.

Nasib baik Lvna belum guna duit yang nenek bagi. Kalau tak terpaksalah saya mintak duit kat mak untuk beli buku yang banyak yang cikgu mintak. Mesti mak bising kalau saya mintak duit. Minggu depan dengan berita duit RM100 akan diberi. Itu pun Lvna nak guna untuk buku. Terpaksalah saya tangguhkan benda lain yang nak dibeli. Dan yang paling penting untuk tahun ni, Lvna tak nak lagi hidup dikelilingi dengan hutang-hutang macam tahun lepas. Saya rasa hidup saya sempit, ibarat lari tak cukup tanah.

Harap Lvna dapat kekal macam ni dan tak ulang balik apa yang Lvna masa tahun 2012.


Monday, 31 December 2012

Ya Allah, malunya...........




Assalamualaikum dan selamat malam semua. Sekarang, 31/12/12 jam 1:43 a.m. Maksudnya tinggal sehari lagi saya akan balik ke hostel. That’s mean, no more tv, facebook, blogging, and else. 2013……saya akan menduduki ujian yang akan menentukan masa depan dan juga pentas untuk membuktikan segala usaha saya selama ini. So, saya tak bolehlah lagi berperangai macam dulu. Asyik tidur dalam kelas, kerja sekolah tak siap, dan lewat hantar. Yang paling penting, jangan ponteng perjumpaan kelab dan persatuan. Bila dah dekat nak tamat sekolah ni, baru saya sedar bertapa pentingnya markah kokurikulum. Bila saya tahu buku rekod kokurikulum hilang baru saya panik dan risau. Bukan apa, markah kokurikulum juga diambil kira untuk melanjutkan pelajaran nanti. Sekarang ni, markah kokurikulum saya rendah sangat. Ya Allah…..bertapa gelisahnya hati ini. Mungkin saya patut lupakan markah tu sebentar dan berserah kepada yang Esa. 

Ada benda yang lebih penting saya patut buat, iaitu SPM. Markah peperiksaan saya masih di tahap rendah saya patut berusaha dengan lebih gigih dan bersungguh-sungguh lagi. Walaupun saya berjaya menghapuskan ‘dakwat merah’ dan tinggal satu lagi iaitu add math, tapi tetap tidak cukup. Tak kan lah saya nak bawa balik tunjuk kat mak ayah keputusan yang cukup-cukup makan saja. Mereka inginkan saya mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya bila dewasa nanti. Mereka dah banyak berkorban demi saya dan adik. Ya Allah, malunya…..

Mulai tahun depan saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM untuk mengembira mak ayah, demi masa depan saya dan yang paling penting demi kejayaan Islam. Allah Huakbar !!!!

Saturday, 7 July 2012

Bye bye 4 *****

Assalamualaikum....
hai semua

ujian semester satu dah lepas
dan minggu depan Lvna akan pindah kelas
rombakkan kelas

Alhamdulillah
Lvna naik satu pangkat
Tapi kalau diikutkan hati Lvna taknak pindah kelas
tapi reda ye lah

semalam ada perjumpaan dengan penolong kanan
dia kata
salah satu sebab kitorang kena rombang 
sebab ada pelajar yang cakap sekolah kitorang 
tak ada cabaran
dan kitorang tahu sapa yang cakap cam tu

sebelum kawan sekelas Lvna pindah sekolah hari tu
dia ada cakap yang sekolah ni tak ada cabaran
sebab tu lah dia pindah

kenapa dia perlu cakap macam tu?
kan sekarang dah jadi isu
dia pulak senang-lenang kat lama dia tu
(dia pindah balik ke sekolah asal dia) 
kan kalau dia tak cakap camtu dia akan pindah dengan dihormati 
bukan kah itu lebih baik?

Wednesday, 6 June 2012

Oh ! Result semester satu ku

Assalamualaikum

Tak lama lagi cuti sekolah akan berakhir. Maksudnya tak lama lagi Lvna dapat result exam semester pertama. Harap-haraplah result kali ni tak teruk macam result Ujian 1.

Result Ujian 1
Kalau teruk sangat nanti kena buang asrama. Lvna rasa kali ni diorang akan buang pelajar asrama terutamanya pelajar perempuan sebab pelajar terlalu ramai dan tak cukup bajet untuk tanggung makan pelajar asrama. Kalau Lvna kena buang asrama, Lvna nak pindah sekolah yang dekat dengan Lvna supaya Lvna tak payah duduk kat asrama. Senang ! Jadi budak harian. Tapi Lvna tak nak pindah. Alang-alang, tahun depan SPM.



Saturday, 2 June 2012

Doodle ku yang tak seberapa



Assalamualaikum
ok tak?
doodle Lvna yang tak seberapa ni
I know.....
tak comel~
Lagipun baru belajar
Lvna tak tahu nak buat untuk mengisi cuti sekolah yang panjang ni
So, Lvna cuba buat doodle macam orang lain buat

Thursday, 31 May 2012

Semester baru, Azam baru !!

Assalamualaikum
Lvna baru lepas tengok cerita 3 Idiot tadi
Nice !!
Sekarang dah pukul 2:24 a.m
tapi Lvna belum tido lagi
Lvna tak tido
maybe Lvna akan berjaga sampai Subuh
lepas Subuh baru tido kot....

Bercakap pasal azam semester kedua ni nanti
Lvna bertekad nak belajar dengan lebih bersungguh-sungguh
Lvna tak nak ulang balik apa yang Lvna dah buat masa
semester pertama lepas
Lvna leka 
mentang-mentanglah duduk kat asrama
mak ayah tak kawal Lvna lagi
lepas tu result ujian teruk

Lvna tak nak ulang benda yang sama
kesian mak ayah
susah payah siang malam
bekerja untuk menyara keluarga
pastu, Lvna main-main kat asrama
maybe Lvna terpengaruh dengan kawan2 kat asrama tu kot
diorang bolehlah main2
lagipun diorang anak orang kaya
tapi Lvna lain
Lvna anak orang ada2 saja
Lvna kena berusaha
demi masa depan Lvna
kalau tak 
bila tua nanti menyesal

dan lagi satu
lepas cuti ni
bila masuk sekolah Lvna akan jogging setiap hari selasa
Insya Allah
lenguh badan Lvna  mengankut lemak ni
kehulu kehilir
dah tiba masanya untuk Lvna berubah

Insya Allah berjaya~

Sunday, 20 May 2012

Macam-macamlah

Comel kan??
Assalamualaikum semua.....dah lama jugak Lvna tak update blog ni(kalau FB tu rajin pulak). Memandangkan Lvna duduk kat asrama, jadi Lvna tak dapatlah update selalu. Ada banyak cerita Lvna nak kongsikan tapi, Lvna pendek je kan lah.(tgh tgk cerita G-Force ni)

Hari Ibu
Ahad minggu lepas kan hari ibu,(ingat tak??). Dari awal tahun ni mak cakap, "kalau hari ibu nanti, belikan ibu sekuntum bunga ros merah ok??".  So, Lvna plan awal. Lvna plan, pukul 1 petang ayah mesti jemput Lvna. Pastu ayah tinggalkan Lvna kat stesen bas, cam biasa, Lvna kena naik bas untuk sampai ke rumah, ayah cuma hantar sampai ke stesen bas je. Dari situ, Lvna naik bas untuk sampai ke Parkson, kat sana ada kedai bunga. So, rancangan Lvna berjalan dengan lancar tanpa halangan, alhamdulillah. Lvna selamat sampai ke rumah. Lvna bagi terus bunga ros tu dengan mak(hari jumaat). Kalau nak tunggu hari ahad, alamatnya layu@mati lah bunga tu nanti.

Pendaftaran Lower 6
Selasa minggu ni merupakan hari pendaftaran lower 6 kat sekolah Lvna. Ramai antara diorang yang masuk asrama. Kedatangan diorang membawa perubahan kepada pelajar asrama yang lama. Hampir setiap hari kitorang kehilangan 'gayong'(yg pakai korang cedok air tu). Pastu, diorang tak habis-habis hina sekolah kitorang, mentang-mentang lah asrama perempuan ada masalah air. Panas telinga kitorang dengar. Kalau diorang pandai hormat orang tak apa, tapi ini tak. Kebanyakan diorang tak hormat langsung kat kitorang. Tahulah yang diorang tu lebih tua, tapi hormat lah sikit. Pernah sekali tu, Lvna jumpa pencedok air Lvna kat baldi orang lain. Pastu, dalam baldi tu ada kain batik pakai mandi someone. Ish......dah lah pinjam tanpa kebenaran, pastu tak pandai nak letak balik tempat asal. Harap-haraplah lepas cuti Gawai ni ada perubahan.

Oklah, lebih baik Lvna sambung cerita G-Force tu. Bye
Assalamualaikum.


Tuesday, 1 May 2012

Kem Imam Muda dan Ustazah Pilihan

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia......dah lama Lvna tak update blog nie =_="
ok, start !! Minggu lepas hari Jumaat, Sabtu dan Ahad Lvna ada join satu kem yang di beri nama 'Kem Imam Muda dan Ustazah Pilihan'. Best sangat-sangat!!! Banyak aktiviti kitorang buat masa kem tu, antaranya:

Jumaat
Lepas daftar petang tu, pada jam 3 petang kitorang dibawa ke tanah perkuburan, kitorang bergotong-royong membersihkan tanah perkuburan. Pada waktu malam, kitorang berdebat antara peserta dengan facilitator. Diorang berdebat dengan lawak-lawaknya sekali tapi ada nasihat dan maksud disebaliknya.

Sabtu
Pada waktu pagi kitorang riadah, pastu kitorang ada aktiviti sembelihan, ayamlah...tak kan manusia kot. Pastu kitorang ada permainan station ke station. Kitorang solat Asar kat sebelah kubur jepun, sebelah tu ada rumah api British yang lama, menurut sejarah, tempat itu merupakan kawasan pendaratan tentera Jepun dan merupakan kawasan British dahulu. Di situ tempat tentera jepun diserang dan dikebumikan. Hampir 10 ribu tentera jepun dikebumikan kat situ. Pada malam hari tu, kitorang ada aktiviti pengurusan jenazah, kesian yang jadi 'jenazah' basah kuyup diorang sebab dimandikan. Aktiviti tu berakhir pada jam 11 lalu malam. Pada pukul 2 pagi, kitorang dikejutkan oleh fasilitator, ada aktiviti Burung Hantu (dah agak dah).

Ahad
Hari ini merupakan majlis penutupan kem tu. Sebelum majlis penutupan, kitorang bersihkan suruh dulu.

Sekian sahajalah coretan Lvna untuk kali ini.
Assalamualaikum.....

Friday, 16 March 2012

Wanna try??


Korang pernah pakai kasut macam yang kat atas nie ??
Chewah terer lah korang kalau dapat pakai kasut ni untuk seminggu
Lvna rasa, Lvna tak dapat pakai kasut camni
Kasut ni khas untuk sesiapa yang berminat nak menari ballet
Bior berdiri cam penari ballet 24 jam
hehehe~



syok sendiri lah pulak =_="

Thursday, 15 March 2012

Teringat sejenak

Assalamualaikum
korang masih ingat tak game ni??


hahaha....
dulu time kecik-kecik Lvna suka main game ni
sampaikan Lvna kena tarik telinga oleh mak 
sebab buat handphone dia low batt.
Tapi sekarang tak main lagi dah...
tapi rindu nak main
Lvna dah tak nampak lagi handphone tu sekarang...



Sunday, 11 March 2012

Tidak sanggup aku melihatnya !!!


Siang tadi 
lepas Lvna pergi gunting rambut
Lvna pergi jalan-jalan kat satu mall ni
kat sini Lvna jumpa 
seorang ayah dan anaknya
wajah mereka muram tanpa senyuman
Lvna tertanya-tanya
mana mak budak tu
memandang keadaan diorang yang agak comot
dan daif
Lvna mula kesian kat diorang
mungkin diorang orang susah
Lvna teringin jugak nak tanya
mana mak budak perempuan tu
tapi tak berani

Lvna hampir menangis tengok keadaan diorang 
jadi, Lvna lari lah jauh-jauh 
dari diorang
tak sanggup Lvna nak lihat diorang lagi
diorang kelihatan seperti mencari sesuatu
di antara kelibat orang ramai
kehulu kehilir tanpa tujuan 
mungkin mereka ingin mencari hiburan
ataupun mak budak perempuan tu

Yang pasti Lvna memang kesian kat diorang.
Ya Allah engkau kurniakanlah kebahagian kepada mereka,
engkau jadikanlah anak perempuannya itu,
seorang yang berjaya dalam hidup,
yang mampu memberikan kebahagian kepada keluarganya.
Amin....



Saturday, 10 March 2012

YUHUUUU !!!! Cuti sekolah dah bermula~!!!


Assalamualaikum
dah lamak Lvna tak 
update blog ni
sebab Lvna tak dapat stayout
2 minggu Lvna kat asrama

dah sebulan lebih Lvna sekolah 
kat sekolah baru tu
Lvna dah rasa ambik ujian 
ikut format SPM

boleh tahan jugaklah
yang bestnya Lvna
masuk kelas yang kecoh sentiasa
tak lah bosan duk lam kelas

Plan Lvna untuk cuti kali ni ??
Lvna plan nak buat ulang kaji subjek
yang lemah (semua subjek Lvna lemah)
Lvna harap Lvna dapat melasanakan 
rancangan ni dengan baik
tak jadi macam sebelum ni
selalu sangat tak menjadi

minggu lepas
ada seorang hamba Allah 
yang sedekahkan buku rujukan SPM
dia untuk Lvna 
sekarang ni dah tak sekolah lagi
walaupun buku tu 
buku terpakai tapi masih
boleh digunakan dan tak banyak contengan

oklah
sampai sini sahaja lah untuk kali ni
Bye
Asslamualaikum


Comel tak?!?!
Jangan lupa klik kat SINI ok~!!!





Saturday, 18 February 2012

Ney baju aku tok??


Assalamualaikum
dan salam sejahtera
dah lama Lvna tak update blog Lvna ni
sebab minggu lepas
Lvna tak balik rumah
sorry~

Lvna ada satu satu kisah nak dikongsikan 
minggu lepas
masa Lvna nak pergi perjumpaan Kadet Polis (KP)
Lvna cari baju KP Lvna dalam loker Lvna
tapi tak jumpa
so, Lvna panik lah
takut baju tu hilang
pastu Lvna cari kat ampaian kat luar
tak jumpa jugak
Lvna dah terlambat nak pergi pergi perjumpaan tu
so, Lvna pakai je lah baju PJ 



Balik dari perjumpaan tu
Lvna cari baju tu lagi 
akhirnya...........
Lvna jumpa baju tu kat ampaian ya penuh dengan baju T-shirt
alhamdulillah
maksudnya dah seminggu baju tu tergantung kat luar
nasib baik tak hilang

Pengajarannya
kita hendaklah sentiasa menjaga harta benda kita.
Terutamanya bagi yang tinggal kat asrama mcm Lvna.
Janganlah jadi macam Lvna.
Cuai dan lalai.


*Ney lah baju aku tok = manalah baju aku ni
*Bahasa Sarawak



Saturday, 28 January 2012

Esok balik asrama !!!


Assalamualaikum....
dan salam sejahtera
hari ni Lvna nak online FB puas-puas
sebab esok Lvna kena balik asrama
dua minggu lagi baru Lvna balik rumah.
Sorrylah, Lvna tak dapat update blog Lvna ni
sepanjang Lvna kat asrama, T_T

No tv....
No lappy...
No internet....
No blog....
No Facebook.....
Just textbook.
huhuhu
TATA

SEE YOU AGAIN
BYE2


Saturday, 21 January 2012

Minggu pertama di sekolah baru


assalamualaikum
dan 
selamat sejahtera
first of all
Lvna nak ucapkan 
HAPPY CNY
kepada semua yang meraikan nya
dan tak lupa juga
selamat bercuti !!
ok
dah seminggu Lvna belajar kat sekolah baru
orang selalu tanya kat Lvna
"Best tak belajar kat sini?"
 Best lah jugak sebab Lvna dapat kawan baru dan belajar kat tempat baru.

Lvna tak kisah semua
yang penting bagi Lvna 
semangat belajar Lvna datang balik
alhamdulillah
dan Lvna harap
semangat tu semakin membara
daripada sebelum ini
insya' Allah

kat sekolah baru tu Lvna kena tinggal kat asrama
asrama nya jauh dari blok sekolah (kelas)
lelah lah jugak kena ulang-alik hari2
nasib baik bilik Lvna kat tingkat bawah sekali
takpa
mungkin lama-lama nanti Lvna akan terbiasa
amin....






Saturday, 14 January 2012

Good bye my lovely blog~!!


'good bye my lovely blog'
bukanlah bermaksud Lvna nak tinggalkan blog ni
buat selama-lamanya
maksud Lvna sebenarnya ialah
mungkin lepas ni Lvna jarang update blog Lvna
sebab Lvna akan berpindah sekolah dan tinggal kat asrama.

Lvna tak sangka 
permohanan Lvna untuk 
belajar di sekolah rancangan khas diterima
alhamdulillah
tetapi sekolah tu jauh dari rumah Lvna
jadi terpaksalah Lvna tinggal kat asrama
tapi Lvna tak kesah
yang penting Lvna mampu belajar dengan baik
sebab semenjak Lvna melangkah ke tingkatan 4 ni
minat Lvna dekat pelajaran
semakin nipis
mula-mula Lvna malas sangat nak pergi sekolah
pastu, Lvna malas nak buat kerja sekolah
Lvna rasa macam nak berhenti sekolah je
agak menyeksakan bila difikirkan balik.
Sebelum ni, Lvna tak lah rasa sampai seteruk ni.

Dan bila Lvna dapat tawaran pergi ke sekolah tu,
Lvna berfikir sejenak,
mungkin dengan persekitaran di sekolah baru tu,
dapat memberi semangat untuk Lvna belajar kembali
insya Allah
Lvna berharap sangat
kehendak untuk berhenti sekolah tu lenyap.

Sape-sape yang baca entri ni
Lvna harap korang dapat mendoakan kejayaan Lvna di masa hadapan.
Dunia dan Akhirat.
Semoga Allah memurahkan rezeki korang....
~Amin~



Saturday, 7 January 2012

Kisah 3 hari persekolahan 2012


Assalamualaikum....
hi semua....
dah 3 hari kita bersekolah(bagi yang masih bersekolah)
dan macam-macam jugak yang berlaku kat sekolah
sepanjang minggu pertama persekolahan 2012 ni
Lvna rasa
 subjek tingkatan 4 ni boleh tahan susah 
tapi tak tahu lah lepas ni camne pulak
maybe makin susah kot:)

Lvna ingat nak ambik subjek Prinsip Perakaunan untuk SPM
tu pun kalau Lvna lulus ujian subjek tu 2 kali
ermmm....tengoklah dulu
lagipun banyak lagi subjek Lvna kena belajar 
sebab Lvna ni budak sains tulen
dah lah, kena berkawan rapat dengan kalkulator
dan buku 3 buah buku sains yang lain
sakit kepala Lvna
belajar kat sekolah macam waktu pejabat pulak tu
huhuhu
sorrylah..
cerita Lvna ni pendek je
~bye~


*"apakah maksud selamat sejahtera??" tu soalan cikgu sejarah Lvna. Kalau korang tahu maksudnya, komen ye...*


Tuesday, 3 January 2012

Yes !!! Esok sekolah !!!


Assalamualaikum
hi semua
korang sihat??
alhamdulillah
seperti yang korang tahu
esok nak mula sekolah kan??
bagi yang masih sekolah tu
mesti ada yang teruja kan bila nak masuk sekolah balik
setelah sekian lama cuti
tidak kurang juga yang masih nak bercuti lagi macam Lvna
hehehe
apa-apa pun, kena jugak kembali ke sekolah esok
mana boleh ponteng
bagi yang sekolah esok
Lvna ucapkan selamat kembali ke sekolah
belajar dengan bersungguh-sungguh k
bye !!!





*malasnya nak pergi sekolah esok, dah lah kena bangunan awal...hurm*

Sunday, 1 January 2012

Pilih satu antara dua


Assalamualaikum
hai semua
hari ni Lvna dapat berita yang keputusan pemohonan 
ke sekolah menengah vokasional dah keluar
so, Lvna semak kat laman web 
kementerian pelajaran malaysia
and keputusan nya.....
YES !!
Lvna dapat khusus pengaturcaraan komputer
tapi Lvna kena buat keputusan
sama ada terima tawaran tu
atau
kekal dekat sekolah lama 
lepas fikir Co0k2
pastu tanya pendapat kawan
tambah lagi dengan pendapat mak ayah
Lvna mengambil keputusan untuk 
kekal dekat sekolah lama dalam aliran sains
dan menolak tawaran ke
sekolah vokasional
harap-harap 
keputusan yang Lvna buat keputusan adalah yang tepat^_^


Saturday, 31 December 2011

Bye 2011, Hello 2012 !!!


hi semua
seperti korang tahu hari ni ialah hari
terakhir dalam tahun 2011
esok permulaan bagi 2012
dan jugak birthday Lvna
dalam tahun 2012 yang bakal datang ni
Lvna ada beberapa azam untuk dilaksanakan
antaranya ialah:-

1) Memberikan pehatian yang lebih kepada subjek Bahasa Inggeris
2) Lebih berani untuk bertutur dalam bahasa inggeris
3) Lebih berani untuk memberikan pandangan serta cadangan
3) Lebih berani untuk berucap dihadap orang ramai

Lvna berharap semua azam ni
akan terlaksana dalam jangka masa yang ditetapkan
Amin...
ok
hari ni
Lvna daftar kat sekolah
tapi Lvna tak pergi
sebab mak tak bagi
masa mak Lvna balik dari sekolah
dia ada bawa 3 beg yang berisi buku teks dan buku kerja
ada 24 buah buku teks
banyak tuu
untuk subjek yang diajar dalam bahasa inggeris sebelum ni
akan diajar dalam Bahasa Malaysia tahu ni (kecuali subjek BI)
buku teks pun camtu jugak
contoh nya
Biologi ada 2 buku teks
satu buku teks biologi dalam Bahasa Malaysia
satu lagi biology dalam bahasa inggeris
nampaknya beratlah beg Lvna ni nanti
dan satu lagi
dalam kelas Lvna tu ramai orang 
Lvna tak tahu lah
dapat atau tidak memberi perhatian terhadap pelajaran lepas ni
ada 41 orang dalam kelas Lvna tu..
hurm...







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@2011-2012 runanivle[dot]blogspot[dot]com