Assalamualaikum
2 minggu saya jadi pelajar form 5. Alhamdulillah semua nya ok....walaupun kadang-kadang saya rasa nak kembali semula ke form 4. Lvna juga ada terfikir, kenapa saya awal sangat ambil SPM. Masuk minggu kedua tahun 2013, apa yang saya tetapkan untuk tahun ini masih dapat dilaksanakan dengan baik. Lvna dah siapkan semua kerja sekolah, tak macam tahun lepas, tak buat kerja sekolah. Saya juga cuba untuk tidak tidur waktu petang supaya masa tersebut dapat digunakan untuk menyiapkan kerja sekolah. Saya juga ada cuba untuk mengurang ketawa (ketawa yang banyak akan menyebabkan ilmu berkurangan) dan kurang berjenaka (banyak berjenaka akan menyebabkan diri kita akan dipermainkan kembali).
Minggu kedua ni juga saya sangat sibuk dan kadang-kadang bila balik ke asrama selepas prep malam Lvna terus tidur dan tak sempat tanggalkan tudung sebab letih sangat. Saya juga berazam untuk lebih aktif dalam kokurikulum (KK) sebab markah KK saya form 1-3 hilang entah ke mana. Markah tu sangat penting sebab diambil kira untuk melanjutkan pelajaran- 10%. Lvna juga nak join pertandingan kawat kaki Kadet Polis peringkat daerah dan seterusnya peringkat negeri, itu pun kalau mak bagi kebenaran.
Nasib baik Lvna belum guna duit yang nenek bagi. Kalau tak terpaksalah saya mintak duit kat mak untuk beli buku yang banyak yang cikgu mintak. Mesti mak bising kalau saya mintak duit. Minggu depan dengan berita duit RM100 akan diberi. Itu pun Lvna nak guna untuk buku. Terpaksalah saya tangguhkan benda lain yang nak dibeli. Dan yang paling penting untuk tahun ni, Lvna tak nak lagi hidup dikelilingi dengan hutang-hutang macam tahun lepas. Saya rasa hidup saya sempit, ibarat lari tak cukup tanah.
Harap Lvna dapat kekal macam ni dan tak ulang balik apa yang Lvna masa tahun 2012.
No comments:
Post a Comment
Komen lah ye...
Satu pun jadi...hehehe