Assalamualaikum
dan selamat malam semua. Sekarang, 31/12/12 jam 1:43 a.m. Maksudnya tinggal
sehari lagi saya akan balik ke hostel. That’s mean, no more tv, facebook,
blogging, and else. 2013……saya akan menduduki ujian yang akan menentukan masa
depan dan juga pentas untuk membuktikan segala usaha saya selama ini. So, saya
tak bolehlah lagi berperangai macam dulu. Asyik tidur dalam kelas, kerja
sekolah tak siap, dan lewat hantar. Yang paling penting, jangan ponteng
perjumpaan kelab dan persatuan. Bila dah dekat nak tamat sekolah ni, baru saya
sedar bertapa pentingnya markah kokurikulum. Bila saya tahu buku rekod
kokurikulum hilang baru saya panik dan risau. Bukan apa, markah kokurikulum
juga diambil kira untuk melanjutkan pelajaran nanti. Sekarang ni, markah
kokurikulum saya rendah sangat. Ya Allah…..bertapa gelisahnya hati ini. Mungkin
saya patut lupakan markah tu sebentar dan berserah kepada yang Esa.
Ada benda
yang lebih penting saya patut buat, iaitu SPM. Markah peperiksaan saya masih di
tahap rendah saya patut berusaha dengan lebih gigih dan bersungguh-sungguh
lagi. Walaupun saya berjaya menghapuskan ‘dakwat merah’ dan tinggal satu lagi
iaitu add math, tapi tetap tidak cukup. Tak kan lah saya nak bawa balik tunjuk
kat mak ayah keputusan yang cukup-cukup makan saja. Mereka inginkan saya
mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya bila dewasa nanti. Mereka dah
banyak berkorban demi saya dan adik. Ya Allah, malunya…..
Mulai tahun
depan saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh demi mendapat keputusan yang
cemerlang dalam SPM untuk mengembira mak ayah, demi masa depan saya dan yang
paling penting demi kejayaan Islam. Allah Huakbar !!!!
No comments:
Post a Comment
Komen lah ye...
Satu pun jadi...hehehe