Comel kan?? |
Hari Ibu
Ahad minggu lepas kan hari ibu,(ingat tak??). Dari awal tahun ni mak cakap, "kalau hari ibu nanti, belikan ibu sekuntum bunga ros merah ok??". So, Lvna plan awal. Lvna plan, pukul 1 petang ayah mesti jemput Lvna. Pastu ayah tinggalkan Lvna kat stesen bas, cam biasa, Lvna kena naik bas untuk sampai ke rumah, ayah cuma hantar sampai ke stesen bas je. Dari situ, Lvna naik bas untuk sampai ke Parkson, kat sana ada kedai bunga. So, rancangan Lvna berjalan dengan lancar tanpa halangan, alhamdulillah. Lvna selamat sampai ke rumah. Lvna bagi terus bunga ros tu dengan mak(hari jumaat). Kalau nak tunggu hari ahad, alamatnya layu@mati lah bunga tu nanti.
Pendaftaran Lower 6
Selasa minggu ni merupakan hari pendaftaran lower 6 kat sekolah Lvna. Ramai antara diorang yang masuk asrama. Kedatangan diorang membawa perubahan kepada pelajar asrama yang lama. Hampir setiap hari kitorang kehilangan 'gayong'(yg pakai korang cedok air tu). Pastu, diorang tak habis-habis hina sekolah kitorang, mentang-mentang lah asrama perempuan ada masalah air. Panas telinga kitorang dengar. Kalau diorang pandai hormat orang tak apa, tapi ini tak. Kebanyakan diorang tak hormat langsung kat kitorang. Tahulah yang diorang tu lebih tua, tapi hormat lah sikit. Pernah sekali tu, Lvna jumpa pencedok air Lvna kat baldi orang lain. Pastu, dalam baldi tu ada kain batik pakai mandi someone. Ish......dah lah pinjam tanpa kebenaran, pastu tak pandai nak letak balik tempat asal. Harap-haraplah lepas cuti Gawai ni ada perubahan.
Oklah, lebih baik Lvna sambung cerita G-Force tu. Bye
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment
Komen lah ye...
Satu pun jadi...hehehe