Tarikh : December 10, 2011
BESUT - Seorang remaja dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan arus deras ketika mandi di air terjun Lata Tembakah di sini tengah hari tadi.
Muhammad Fakhir Mat Yassin, 17, dari Pengkalan Demit, Kubang Kerian, Kelantan berkelah di situ bersama 34 rakannya yang lain.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata remaja yang bekerja sebagai tukang cat itu dikatakan tidak pandai berenang.
"Kira-kira sejam selepas mereka mandi, mangsa tiba-tiba menjerit meminta tolong kerana dihanyutkan arus ke tempat yang lebih dalam.
"Rakan-rakannya cuba membantu namun gagal mencapai tangannya," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata usaha mencari dan menyelamat mangsa kemudiannya dilakukan oleh pasukan bomba dan penyelamat serta anggota Jabatan Pertahanan Awam, namun gagal menemui mangsa.
Kamaruddin berkata usaha mencari agak sukar kerana hujan lebat yang turun menyebabkan arus menjadi deras.
Operasi mencari akan diteruskan hingga malam ini dengan bantuan pasukan penyelam polis, katanya. - Bernama

No comments:
Post a Comment
Komen lah ye...
Satu pun jadi...hehehe