LinkExchange

Menu Bar

Button

Ringan

who's.amung.us

Twitter Bird

Sunday 11 December 2011

Derita 3 gadis Filipina

MIRI: Pada mulanya mereka dijanjikan gaji lumayan sebagai penyanyi di sebuah kelab malam tetapi selepas beberapa bulan bekerja, apa yang tiga gadis warga Filipina berkenaan dapat ialah sepak terajang dan maki hamun majikan yang panas baran.
Malah, semua gadis berusia 20-an itu tidak pernah merasa gaji lumayan yang dijanjikan ketika dibawa masuk ke negeri ini untuk bekerja di pusat hiburan di sebuah pusat komersial di sini.

Bagaimanapun, episod malang warga asing itu berakhir kelmarin apabila mereka diselamatkan sepasukan polis yang menyerbu pusat hiburan itu selepas seorang rakan mereka berjaya memboloskan diri daripada cengkaman majikan tidak berhati perut itu.



Dalam kejadian jam 2.30 pagi, seorang daripada wanita terbabit dikatakan memaklumkan sikap kejam majikannya kepada pelanggan.

Bagaimanapun, tindakannya diketahui pemilik pusat hiburan itu yang menghubungi beberapa rakan kongsinya dan memaklumkkan tindakan wanita itu.


Seorang rakan kongsi majikan wanita berkenaan dikatakan berang dan menampar mangsa selain cuba membaling sebuah kerusi ke arahnya, menyebabkan mangsa nekad melarikan diri daripada pusat hiburan sebelum ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan.





Sumber polis berkata, berdasarkan laporan dan maklumat diberikan mangsa, sekumpulan anggota polis menyerbu pusat hiburan terbabit dan menemui dua wanita warga Filiphina di dalam sebuah bilik di situ, jam 3.30 petang semalam.

Difahamkan, sebelum ini, polis turut menerima laporan daripada seorang wanita warga Filiphina mendakwa majikannya bertindak kejam dengan mengurung mangsa selain tidak dibayar gaji serta diberi makanan.



Menurutnya, semua mangsa dipercayai bekerja di pusat hiburan berkenaan antara Mei dan September lalu itu akan diserahkan ke rumah perlindungan khas bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis masih menjalankan siasatan terperinci mengenai kes ini, termasuk mendapatkan maklumat lanjut daripada semua wanita yang diselamatkan,” katanya.



Sumber

Dah habis baca??
Jom klik SINI

No comments:

Post a Comment

Komen lah ye...
Satu pun jadi...hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@2011-2012 runanivle[dot]blogspot[dot]com