Tak sampai sebulan meraih kemenangan dalam Sukan Sea 2011, adiknya meninggalkan dunia. Arwah Mohd Amirul Izzat Che Mat, 16 tahun adik kepada penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat dilaporkan meninggal dunia.
Arwah telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11:30 pagi tadi. Arwah meninggal dunia akibat demam denggi dan demam panas berpanjangan berserta jangkitan pada paru-paru. Arwah Mohd Izzat Che Mat telah selamat dikebumikan di kampung beliau. Al- Fatihah buat arwah dan semoga arwah tergolong dalam golongan orang yang beriman.
alfatihah buat arwah..semoga ditempatkan dikalangan org2 yang beriman..aminnn
ReplyDelete