LinkExchange

Menu Bar

Button

Ringan

who's.amung.us

Twitter Bird

Showing posts with label CINTA. Show all posts
Showing posts with label CINTA. Show all posts

Saturday, 26 January 2013

Nasihat Doktor Hati



Firman Allah:
Dan Janganlah kamu manghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.
(al-Isra’:32)










Saturday, 17 December 2011

Personaliti dan pasangan anda mengikut tarikh lahir

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.


Sunday, 11 December 2011

Ayang vs Abang

Asslamualaikum
dan salam sejahtera
diharap korang semua sihat
untuk kali ni
Lvna nak kongsi kan sebuah cerita
cerita ni best gak lah
(tapi tak tahu lah bagi korang best ke tak)
apa-apa pun jom layan cerita
cerita bukan Lvna yang buat k

***************************************************************

memula skali ayang anto kat abang?

Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali... sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape? Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cubahantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah
Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance...ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah...Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelakPaling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR
Love,
ayang


ni abang lak bagi....

Dear Ayang,
Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kansarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cubalah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kanabang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kanabang dah belikan tapi abang sembunyi kankat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianakdlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana... kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan...bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital.. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa...hahahhahahahahha


Dah puas gelak???
Mai klik sini

Friday, 9 December 2011

Lumrah Percintaan(Bahasa Sarawak)

‎'msa bru mengorat'

pewet . Hai cik ui . Blh mntk nbe fon , cantik ow ktk . Cute ow ktk . Mek mnat ktk ..

Mcm2 la mlut bha><' pnya manis tyme mk kpel x) ..

Tyme knk timak jdy BF/GF:

Thx cyg . Syg xkn tngglkn cyg . Syg akn stia an cyg .

1bln kpel:
i love u , miz u . Like u . I owez remember u. I can't live without u .. I don't want to break with u .. U my sweet dream ..

Mcm2 laa tek ..

3bln kpel ..

1st msg>>cyg klk la kyta txt k . Antok la .. Syg xkn crg an cyg .

Xda kdyt ..
Hp syg lowbet .. Syg bz,syg ini syg itu><'

>>nak taok knk cdak ckp gya . Coz cdak borink ngn kyta dh bha.

Bla udh break ..
I hate u . Fuck u . Stupid u . Shit u . I don't love u . P mati la lu ..

Mcm2 la yg mnykti ati kyta ..

KesimpulanNya♥ : >>hati2 la bla fall in love ouk ! Jom jd kn sbgai pedoman . Hope you find urs true love yeah ♥:DD ..


Sumber: Facebook



NotaKaki: Sorrylah kasar sikit bahasa kat atas ni.


Salty Coffee Love


He met her at a party. She was so outstanding, many guys chasing after her, while he so normal, nobody paid attention to him. At the end of the party, he invited her to have coffee with him, she was surprised, but due to being polite, she promised. 

They sat at a nice coffee shop, he was too nervous to say anything, she felt uncomfortable, she thought, please; let me go home.... suddenly he asked the waiter. "Would you please give me some salt? I'd like to put it in my coffee." Everybody stared at him, so strange! His face turned 
red, but still, he put the salt in his coffee and drank it. 

She asked him curiously; why he had this hobby? He replied: "when I was a little boy, I was living near the sea, I liked playing in the sea, and I could feel the taste of the sea, just like the taste of the salty coffee. Now every time I have the salty coffee, I always think of my childhood, think of my hometown, I miss my hometown so much I miss my parents who are still living there". While saying that tears filled his eyes. She was deeply touched. 

That was his true feelings, from the bottom of his heart. A man who can express his homesickness must be a man who loves his home, cares about home, and has responsibility for his home. Then she too started to speak, spoke about her faraway hometown, her childhood, her family. That was a really nice talk, a beautiful beginning of their story. 

They continued to date. She found out that he actually was the man who met all her demands; he had tolerance, was kind hearted, warm, careful. He was such a good person but she almost missed him! Thanks to his salty coffee! Then the story was just like every beautiful love story, the princess married to the prince, and then they lived a happy life... 

And, every time she made coffee for him, she put some salt in the coffee, as she knew that?s the way he liked it. 

After 40 years, he passed away, left her a letter which said: "My dearest please forgives me, forgive the lie of my life. This was the only lie I ever said to you---the salty coffee. Remember the first time we dated? I was so nervous that time, I actually wanted some sugar, but I said salt instead. It was too embarrasing for me to take back so I just went ahead I never thought that could be the start of our communication! I tried to tell you the truth many times but I was too afraid to do so as I had promised never to lie to you about anything...Now I'm dying, I'm afraid of nothing so I am telling you the truth: I don't like salty coffee, what a strange bad taste.. I have had to take the salty coffee for my whole life with you and never had to feel sorry for it because I did it for you. 

Having you with me is the biggest happiness in my entire life. If I could live a second time, I'd still want to know you and have you for my whole life, even if I if had to drink salty coffee again". Her tears made the letter totally wet. 

One day someone asked her: what's the taste of salty coffee? It's sweet. She replied. Love is not to forget but to forgive, not to see but to understand, not to hear but to listen, not to let go but to HOLD ON. Don't ever leave the one you love for the one you like, because the one 
you like will leave you for the one they love.



NotaKaki: tak dapat darah tinggi kalau minum kopi masin tiap2 hari...hehehe


Sumber

Wednesday, 7 December 2011

Yes Sir !



hai
kali ini Lvna nak kongsikan sebuah cerpen
cerpen cinta
cerpen ni amat menyentuh hati
dan memang best !!!!
so
selamat membaca
(sediakan tisu dulu)

oleh Noor Aisyah mokhtar

org kata, jangan benci sangat pada seseorg, kelak kita akan menyintainya separuh mati. walau tidak termaktub dalam kitab, namun kata2 inilah yg diperturunkan dari generasi ke generasi.

pepatah inggeris pula ada menyebut, it takes a second to know someone, a minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest of your life to forget your love one. tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses kehidupan manusialah yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut.

kata org, cinta pertama sukar di lupakan walau datang cinta lain kemudiannya. aku menyangkal. perjalanan hidupku membuktikan sebaliknya. tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai cinta sejati. bagiku, cinta pertama utk di kenang. cinta yang datang kemudiannya mungkin cinta sejati.

kita tidak tahu bila kita akan bertemu cinta sejati kita. mungkin pada cinta pertama, kedua, ketiga atau akhirnya kita menyedari bahawa cinta sejati kita hanyalah pada ilahi. namun aku bersyukur kerana cinta sejatiku pada penciptalah yang mempertemukanku dengan insan yang salah dahulu sebelum menemui cinta sejati ku.

usiaku genap 22 thn 3 hari lepas. aku punya kisah cinta yang padan dengan pepatah tersebut. ya, kerana bencilah aku menahan rasa cinta separuh mati kini. walau pun baruku tinggalkan hampir empat bulan lalu, aku yakin dan percaya, cinta itulah yang akan terusku kenang selamanya.

dia, banyak mengajarku bidang ilmu yang ku cintai, arkitektur. dia dengan sinis, sering menegurku tanggungjawab dan peranan seorang insan. dia, kutinggalkan bersama kenangan. pastilah kerana cintaku ini pernah bergelar pensyarah, juga mantan suamiku.

"saya cabar awak."
"saya cabar awak kahwin dengan saya sebaik sahaja awak habis belajar, which means in this three month time. it's just a challenge. if u aren't dare to, i bet u to tell me all the reasons why u hate me so much. well, wat would u say?"

cabarannya langsung tidak mengujakan namun ayat terakhirnya benar2 mencabarku. aku terima cabarannya asalkan dia juga menyahut cabaranku-kecuali ketika upacara membatalkan wuduk di majlis akad nikah, aku mencabarnya agar tidak langsung menyentuhku. saat dia menyentuhku, talak jatuh ke atas ku. dengan wajah selamba dan senyuman sinis, dia menyahut cabaranku. termeterailah perjanjian kami malam itu bersaksikan rakan2ku. GILA.

lawatan akademik paling menyayat hati. rakan2 menghakimi perbuatanku. pelbagai pertanyaan mereka lontarkan. pulang dari bali dan kembali meneruskan pengajian, saban hari mereka memujukku melepaskan cabaran. asal saja en zhafran mengajar, suasana janggal. kerap dia menghasutku dengan sinis supaya melepaskan cabarannya. lemas, kadang kala berasa hampir tewas namun janji tetap janji. aki mahu lebih tabah, lebih kuat. cukuplah kisah lama.

hakikatnya aku tidak tahu salahku hingga begitu sekali dia membenciku. aku hanya insan biasa dengan rutin hidup normal, suka mengelamun dan tiada keistimewaan lain.

seingatku, hari pertama semester ketiga, dia hadir memperkenalkan diri sebagai en zhafran, mengajar reka bentuk seni bina. panggilan formal dan santai, sir zhafran. satu tabiatnya, setiap kali dia bertanya ya atau tidak, kami perlu menjawab, "yes sir!" atau "no sir!" dengan tegas. aneh.

entah mengapa setiap kali dia menyebut namaku, aisyah, aku rasa menyampah. walaupun begitu, aku tetap menghormatinya. dia prihatin dengan kerjaku, tidak pernah sekali pun dia mungkir singgah di meja ku ketika sesi tutorial. komennya yang tegas dan membina menyenangkanku. realitinya, dia juga penyumbang kepada kejayaanku beroleh A dalam subjek tersebut. untuk itu, aku amat berterima kasih.

entah mana silapnya, sikap ramah dan prihatinnya terhadapku cuma bertahan satu semester sahaja. menginjak ke semester keempat, ada saja sikap dan perbuatanku yang tidak kena di matanya. sesi tutorial, dia tidak lagi singgah di mejaku. sesi pembentangan, dia jarang menumpukan perhatian namun banyak pula komen dan sindirannya. kadang kala, terasa seperti diaibkan.

rakan2 menyuruhku bersabar. mereka juga hairan dengan perubahan tingkahnya terhadapku. aku muhasabah diri, mencari khilaf yang mungkin menggurisnya. namun aku buntu. perasaanku yang sedih dengan perlakuannya bertukar benci lalu aku juga bersikap dingin terhadapnya.

benar, kebencian bernanah andai kita tidak merawatnya. setahun di biar, akhirnya 'nanah' itu pecah lalu terluahlah segala kebencian. malam persembahan kebudayaan malaysia-bali menjadi saksi kebencian kami yang akhirnya bertukar tragedi. dalam amarah, kami saling mencabar disaksikan rakan2. aku akan pastikan kemenangan menjadi milikku.

menghormati syariat dan adat, dia melakukan semua yang sepatutnya-menghantar rombongan dan merancang majlis. ibu tergamam tatkala cincin emas di hulurkan datin afifah. bila di tanya, tenang saja kami menjawab, dah jodoh. kami memang pandai berlakon, mesra dan ramah di khalayak ramai.

rabu, peperiksaan akhir tamat. sabtu, hari 'bahagiaku' menjelang. majlis akad nikah bersekali resepsi di sambut meriah. tidak henti2 aku menguntum senyum 'bahagia'. pastilah, sebentar nanti aku akan memenangi cabaran ini. hatiku ketawa puas.

selspas zuhur, bersaksikan seluruh ahli keluarga, pensyarah dan rakan2, kami diijabkabul. saat bertentang mata dengannya dan menguntum senyum, aku sayu. walaupun sekadar permainan, akhirnya aku bergelar isteri. bodohkah aku?

cabaran bertukar tangan. kehidupan kami unik. tiada bulan madu. di kondonya, kami tinggal berlainan bilik. dingin dan terasing. tiada interaksi yang kerap, bertegur sekadar bertanya perkara yang patut, mengejutkan subuh atau saling menyindir. makan biasanya asing, dia di dapur dan aku di hadapan tv. aku menjalani kehidupan yang bahagia sepanjang menyiapkan tesis akhir pengajian bersama 'suamiku'. dia juga berpegang pada janji. aku rasa selamat walau tidak mengunci pintu bilik di malam hari.

keadaannya yg demam teruk 1 pagi sebulan selepas pernikahan kami menyedarkanku. dalam demam dan batuk, dia berkeras tidak mengizinkanku menyentuhnya, bimbang nanti jatuh talak. gila aku dibuatnya. kutegaskan sekali lagi syarat cabaran, hanya dia yg tidak boleh menyentuhku, bukan aku. selama 3 hari menjaganya, aku menyediakan makanan, menyuapkan ubat, menuam dahinya, mengelap badannya malah menemankannya hingga tidur. kami cuma diam, kadang kala aku perasan genangan air matanya. sepanjang itu dia berusaha tidak menyentuhku. betapa dia berpegang pada janji. aku bungkam. mengapa?

selepas dia pulih, kehidupan kami kembali normal. runsing dengan sikapnya dan tertekan menyiapkan tesis, fikiran dan kesihatanku terganggu. walaupun demam, aku nekad menyudahkannya. gagal. panas badan menghentikanku. tinggal beberapa muka lagi ketika aku tertidur di depan komputer pukul empat pagi. jam 1 ptg terjaga, aku panik. komputerku di tutup. pandanganku menangkap 3 buah buku berkulit keras siap dijilid dengan namaku di atasnya. kusemak hingga helaian terakhir. itu tesisku! semua fakta dan hujah yg kulakarkan disampaikan dengan terperinci, padat dan lengkap dengan gambarajah. sebahagiannya bukan kerjaku, pasti kerja dia.

maaf saya siapkan, takut awak tak sempat hantar sebelum pukul 5. jgn risau, saya bukan pensyarah penilai. makanan dah disediakan, makanlah. kalau tak larat drive, call me, i'll fetch u. i'm half day today. so then, take care. again, sorry.

-zhafran-

nota kecil tersebut membuatkanku terjelepok ke lantai. aku menangis, meraung kecil. geram dan menyampah, sebal. cukuplah!

3 bulan sebumbung dengannya, aku tidak sanggup berpura2 lagi. aku perlu segera keluar dari rumahnya dan hilang daripada pandangannya. aku tak mampu terus bersamanya. aku nekad menerima tawaran belajar ke glasgow. tanpa perasaan, ku nyatakan hasrat dan minta dia melepaskanku dengan alasan aku ingin mencari cinta pertama ku. lama dia diam, kemudian mengangguk dan berlalu. ibu bapaku hanya ku beritahu tentang hasrat menyambung pelajaran.

lapangan terbang menyaksikan pertemuan dan perpisahan. di sini juga ada ketawa dan air mata. dan malam itu aku di temani keluarga dan zhafran. dia banyak mendiamkan diri, sekali2 melayan adik2ku dan tersenyum memandangku. saat perpisahan, aku menyalami seluruh ahli keluargaku. sampai giliran zhafran, keluargaku menjauh. hanya aku dan dia. tiba2, dia menyentuhku, menarik tanganku bersalam dengannya. hatiku luruh. perlahan2 kutunduk mencium tangannya. aur mataku bergenang. bangkit semula, dia mencium dahiku lama. dengan perlahan, dia berbisik,"saya lepaskan awak. carilah cinta awak. saya doakan awak bahagia."

lambaian terakhirku pada mereka disertai deraian air mata yang deras mengalir. aku sebak, amat. hingga mereka hilang daripada pandangan, aku hanya nampak zhafran dan senyuman ikhlasnya. aku menangis dan menangis. aku mengerti segala yang berlaku, aku yang memintanya. namun hatiku benar2 pedih. tamatlah cabaran, perjanjian dan hubungan kami. tapi aku pasti, sesuatu telah lama lahir dalam hatiku. sebelum berlepas, nombor zhafran kudail. lama baru ku dengar suaranya. hatiku pedih.

"kita kalah. tapi saya kalah teruk bila awak tak tanya alasan membenci awak. sir i hate u. i have 2 since i realized that i've fallen into u the 2nd u call out my name years ago and i can't believed it."

"saya bukan gadis suci. memang saya masih dara tapi ashraf dah terlalu banyak menyentuh saya. saya kesal dan saya bertaubat. tapi saya rasa jijik, benci diri sendiri. saya tak layak untuk sesiapa. untuk itu, saya tak sanggup menyintai awak. lepas kahwin, saya semakin membenci diri kerana saya sedar awak sayangkan saya. tapi saya tak layak untuk awak!" aku teresak.

"i'm sorry i love u sir. but i'm sorry i can't love u. take care."

***************

cintaku berakhir di situ. di bumi inggeris ini, aku belajar mengubati hati, menyibukkan diri dengan tugasan dan kuliah. aku jumpa ashraf, dia sudah berubah, juga minta kembali padanya. maaf, hatiku bukan lagi untuknya. sesekali ingatanku melayang mengenang zhafran. kadang kala termimpikannya dan apabila sedar, aku menangis.

sejak di KLIA, kami sudah tidak berhubung. mungkin dia juga sepertiku, ingin melupakan satu sama lain dan memulakan hidup baru. melupakan? semakin ku berusaha, semakin kusedari betapa ku merinduinya.

petang khamis itu, aku bersiap ke masjid untuk bacaan yassin. musim luruh yang nyaman menenangkan hatiku tatkala menyusuri jalan. pemandangan hijau dan lautan langit biru mengasyikkanku. bam! berpinar kepalaku terlanggar tiang lampu di tepi kawasan masjid. dahiku gosok, cuba mengesan sebarang perubahan.

"langsung tak berubah, suka mengelamun."

aku tersentak lalu berpaling ke arah suara itu. wajah yang kurindui itu kini di hadapanku, sedikit cengkung.

"ikut saya." zhafran terus menarik lenganku dan mengheretku ke pintu masjid. agak ramai orang di dewan utama. dia berpusing memandangku. matanya menjilat wajahku lama. aku diam, berdebar.

"saya tahu awak ada banyak soalan tapi kita boleh cerita nanti. sekarang ni, saya nak kita masuk dalam dan nikah semula."

jantungku seolah terhenti. kutatapnya dalam. tanpa sedar aku menapak selangkah ke belakang.

dia menghela nafas. "aisyah, awak tahu tak saya dah lama sayangkan awak?"

"setiap kali saya panggil nama awak, hati saya berdebar. saya rasa bersalah, saya tak patut jatuh cinta pada pelajar sendiri. sebab itulah saya dingin terhadap awak untuk mengurangkan rasa bersalah saya. tapi tak sangka perbuatan saya menyusahkan hingga awak membenci saya. malam 2 di bali, sebenarnya saya melamar awak takut2. tapi lain pula jadinya."

aku tergamam dengan penjelasannya.

"semua orang buat kesilapan aisyah, saya pun. tapi yang penting ialah cara kita menanganinya, siap kita pada hari ini dan apa kita nak jadi nanti. kisah silam awak langsung tak mencacatkan perasaan saya terhadap awak." dia berhenti.

"sebulan saya di sini mencari awak, mengikutu rutin harian awak, memandang awak dari jauh. saya tunggu awak habis edah. saya tak nak rujuk, nanti kena sambung cabaran dulu. saya nak nikah semula dengan awak, saya nak awak jadi isteri saya semula."

matanya bergenang. "saya bukan malaikat. tak ada satu ketika pun saya tak rasa nak sentuh awak. bila awak tidur, saya masuk bilik tengok awak. saya teringin usap awak, teman awak tidur. saya geram tengok awak ketawa depan tv. dulu masa awak jaga saya, saya rasa susah sangat. saya sedih kenapa kita jadi macam 2."

terdengar esakan. "aisyah, i need u, i love u so much. i can't be apart from u anymore. will u take your stupid ex-hubby as your real husband again?"

terlalu pantas dan mengejutkan. sebak dan terharu. lidahku kelu, air mataku sedari tadi tidak berhenti. lama kuterdiam, cuba mencerna kata2nya.

"aisyah, yes or no?"

lamunan ku tersentak. "yes sir! i do!"

opss! dia tersenyum. aku tunduk malu.

orang kata, jika kita cintakan seseorang, bebaskan dia. jika dia kembali, maknanya dia memang tercipta untuk kita. aku melepaskan zhafran namun dia kembali semula padaku. dia menyedarkanku bahawa kita tidak boleh pilih dengan siapa kita hendak jatuh cinta. dia membuatkan aku yakin pada diriku. banyak perubahan berlaku padaku sepanjang mengenalinya. dia membuatkan aku percaya, sesiapa jua berhak untuk bahagia kerana bahagia diusahakan oleh kita sendiri.

luahkan hasrat dan impian kita dengan ikhlas dan berusaha memperolehinya. tiada doa yang tidak didengar, tiada usaha yang disia2kan. percaya pada diri dan hati kita. cintailah diri dan cintailah segala yang kita ada, jangan persiakannya. oleh itu, zhafran, terima kasih untuk segalanya.

"aisyah sayang, where are u dear? come here honey, i need your help."

"yes sir!"

***************tamat**************

Friday, 4 November 2011

10 Tips Menolak Cinta Sahabat Karib




1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat.

2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya.

3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana, selama ini kamu bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri2 kekasih yang sejati.

4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya.

5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri2 pasangan yang diidamkan olehnya.

6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang anda dan rakan2 lain selalu berkumpul.

7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia.

8. Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu.

9. Nyatakan padanya bahawa kamu sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri kamu. Tapi harus diingat jelaskan secara baik kerana kamu mungkin hilang kawan baik yang kamu sayang.

10. Bertegas dengan penderian kamu sekiranya kamu betul2 tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan kepadanya "KAU MASIH SAHABATKU"


Tuesday, 25 October 2011

Lelaki Ego




Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, "Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…
Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

"Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia," tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.
Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.
Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.
Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. "Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau," hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.
Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.
"Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…"
Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, "Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late.." Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.
Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.
Aku bisikkan ketelinganya, "Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf," pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.
"Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?" jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.
Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.
Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.
Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.
"Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok," ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.
Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.
"Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?" aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.
"Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi," pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. "Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi," pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.
Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!
Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.
Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.
Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.
Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.
Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.
Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mengalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

Sumber:Lelaki Ego

Cerita Hati Sakinah




Sakina (bukan nama sebenar) merupakan gadis belasan tahun yang masih berada di alam persekolahan. Seawal usia belasan tahun ini juga dia telah menutup pintu hatinya serapat-rapat yang mungkin bagi mana-mana lelaki. Hal sedemikian kerana detik hitam yang pernah hatinya lalui apabila terdetik rasa cinta.
Pada mulanya, perkenalan di alam siber iaitu Myspace hanya sekadar suka-suka. Selama sebulan, Sakina meluahkan rasa letih, rasa bingung dan pelbagai rasa kepada si dia. Detik hari demi hari, Sakina mula jatuh cinta kepada Nizam (bukan nama sebenar). Tetapi Sakina tidak pernah menyatakannya sehingga Nizam menyuarakan isi hatinya yang sebenar. Setelah beberapa minggu, secara rasminya Sakina menjadi kekasih Nizam.
Dalam sisa-sisa 3 bulan bersama Sakina terasa begitu bahagia bersama Nizam. Sakina akui, Nizam pandai mengambil hatinya. Namun, derita adalah pengakhirannya. Nizam telah menduakan cinta Sakina. Dan pada waktu yang sama, Nizam menjalin hubungan bersama gadis lain. Hancur luluh hati Sakina pada ketika itu kerana cinta pertamanya berakhir dengan pengalaman yang paling perit.

Disebabkan terlalu makan hati dengan perbuatan si lelaki, Sakina bertindak menjauhkan diri dari kumpulan sang kumbang ini. Setelah 5 bulan Sakina membiarkan luka di hati berdarah, dengan takdir Ilahi, Sakina bertemu kembali dengan Fiq (bukan nama sebenar). Fiq merupakan kenalan lama Sakina yang sekian lama berpisah.
Hampir dua tahun menyepikan diri akhirnya hubungan yang terjalin dapat diwujudkan kembali. Fiq mengambil keputusan untuk jadikan Sakina sebagai kekasihnya, tanpa ragu-ragu Sakina menerimanya seadanya. Lama kelamaan, barulah Sakina tersedar, perhubungan jarak jauh memang tidak akan berjaya. Sakina mengambil keputusan untuk menamatkan perhubungan tersebut dan hanya sekadar berteman mesra.
Di saat itu juga Sakina merasakan perasaan sayang pada sesorang menjadi tawar. Mungkin disebabkan kekecewaan cinta pertama yang Sakina lalui. Tidak sampai beberapa hari, Fikri (bukan nama sebenar) menyatakan pula isi hatinya untuk menjadikan Sakina sebagai kekasihnya. Fikri merupakan teman sekolah Sakina yang akrab. Fikri sering menceritakan permasalahannya di antara dia dan kekasih. Sakina juga sering memberikan nasihat. Sakina tidak menyangka bahawa Fikri menaruh perasaan terhadapnya. Sakina berikan peluang kepada Fikri untuk mengetuk pintu hatinya kembali.
Namun, duka, derita adalah apa yang Sakina rasakan. Ternyata Sakina sering dipermainkan. Fikri dengan sendirinya meminta untuk menamatkan hubungan mereka. Sakina seakan-akan tidak dapat melawan emosinya. Dia hanya dapat memendam perasaan luka itu jauh di lubuk hatinya. Sakina bingung dan sering bertanya sendirian, memang tak ada cinta yang tulus kah untuk nya? Mengapa hatinya sering terluka? Masih belum cukupkah sang kumbang meninggalkan parut yang tidak akan hilang itu?
Dari apa yang dilaluinya, Sakina berharap tiada lagi cinta di alam persekolahan. Sakina sudah tidak termampu untuk menanggung luka dan darah di hati.


Sumber: Cinta Hati Sakinah

Monday, 24 October 2011

Cinta & Kawan


Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung ...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga ... Kenapa??
Kerana ... CINTA itu buta..
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??
Kerana ... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!
Di dalam telaga CINTA hilang ... Kenapa??
Kerana ... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu .. Kenapa? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia ... kan?

So, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI ....
Walau kita punya couple, ... teman still paling setia.
Walau kita punya harta banyak, ... teman still paling berharga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@2011-2012 runanivle[dot]blogspot[dot]com