LinkExchange

Menu Bar

Button

Ringan

who's.amung.us

Twitter Bird

Friday 15 February 2013

Tutup auratmu wahai syabab

Assalamualaikum.....


Golongan hawa sering kali dikaitkan dengan sikap kurang mengambil berat mengenai  aurat. Tanpa kita sedari ramai juga kaum  yang mendedah aurat mereka . Kalau disoal bahagian manakah aurat mereka pasti mereka mampu menjawab dengan betul iaitu dari pusat hingga ke lutut. Maksudnya, anggota yang perlu dilindung ialah pusat, lutut, dan bahagian di antara kedua-dua anggota tersebut. Persoalannya, adakah mereka laksanakan seperti yang mereka katakan.


Kalau diperhatikan memang mereka menutup aurat ketika melaksanakan aktiviti seharian seperti bekerja, ke sekolah dan terutamanya ketika beribadat. Tetapi bila tiba waktu untuk bersukan seperti bermain bola sepak, sepak takraw dan sebagainya, mereka sering kali dilihat memakai seluar pendek diatas paras lutut. Kadang-kala kelihatan mereka cuba untuk menarik hujung seluar kebawah agar dapat menutup aurat tetapi bukankah apabila mereka menyambung permainan,  seluar tersebut akan terangkat semula? Bukankah lebih baik sekiranya memakai seluar dibawah paras lutut ataupun lebih afdal memakai seluar panjang terus.


Terdapat juga mereka yang terpengaruh dengan pasukan bola sepak kegemaran mereka seperti Manchester United, Arsenal dan Liverpool. Kaum lelaki sanggup berhabis duit untuk membeli jersi pasukan-pasukan tersebut. Pada kebiasaannya, full jersey biasanya akan disertakan dengan seluar pendek atas dari paras lutut. Walaupun mereka menyedari pakai mereka ini menyalahi syariat Islam, tetapi mereka tetap memakainya. Lebih jika menggatikan seluar pendek tersebut dengan seluar panjang. Ada juga mereka yang memakai tight dalam seluar pendek agar menutup hingga ke bawah paras lutut. Sebenarnya, hukum pemakaian tight tetap haram walaupun digunakan di dalam seluar pendek kerana ketat dan hanya membaluti aurat dan bukannya menutup aurat.

Dengan ini, renung-renungkanlah  teguran daripada hamba Allah yang tidak ingin melihat saudaranya dilaknat Allah. Saya tahu saya tidak sempurna, tetapi fikir-fikirkanlah semula tentang apa yang telah saya nyatakan……….

2 comments:

  1. TOP REFERRAL HAMPIR RM150++ DAN TERDAPAT BANYAK LAGI HADIAH . JOM JOM . TAG RAMAI2 . ANDA JUGA DI TAG #61
    LINK TAGGING :
    http://www.officialsyafiqmuhammad.blogspot.com/2013/05/tagging3.html
    LINK G.A :
    http://officialsyafiqmuhammad.blogspot.com/2013/05/1st-biggest-giveaway-by-osm.html

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Komen lah ye...
Satu pun jadi...hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@2011-2012 runanivle[dot]blogspot[dot]com