LinkExchange

Menu Bar

Button

Ringan

who's.amung.us

Twitter Bird

Friday 27 January 2012

Couple Islamic ???? Boleh ke?

Sekadar hiasan*




~nak kongsi kisah tentang COUPLE ISLAMIC & entry ni ditujukan khas buat mereka yang mempertahankan COUPLE ISLAMIC mereka sebelum nikah.

Jom ikuti kisah ni...

Kisahnya mengenai 3 orang iaitu Aiman, Ain & Asyraf. Aiman & Ain sama² belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Aiman jatuh hati pada keayuan Ain.

* Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri² dengan cahaya keimanan.

Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan.

Tetapi, Aiman cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Ain sebab nanti takut kena tangkap dengan AJK pencegah maksiat sekolah (BADAR - Badan Dakwah & Rohani).

Beberapa tahun berlalu...

Akhirnya, apabila Aiman berada di Tingkatan 4, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah & akhirnya, Ain tewas pada pujuk rayunya.

Walau bagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber'couple'.

Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.

"COUPLE ISLAMIC"!!!

Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap² ni. Bukan itu sahaja, Ain kena pakai tudung labuh. Aiman pula pakai serban & jubah. Lepas itu, mereka keluar bukan membuang masa tapi keluar bawa Al-Quran.

Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, tiada pegang² tangan, mereka ikut cara Nabi Musa.
Lelaki di depan, perempuan di belakang.

Bila balik rumah, missed call pagi². Suruh qiamullail.

Hah!!! Kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Aiman ditakdirkan bertemu dengan Asyraf. Ketika itu Aiman & Ain sedang bertadarrus di RFC (Radix Fried Chicken).

Asyraf tiba² datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk.

Bila duduk, Asyraf bertanya, "Have you married?".

"No.", jawab Ain.

"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Asyraf.

"Kami couple, tapi Islamic way" jawab Aiman.

Asyraf hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Asyraf pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu.

Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi.

Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam.

Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat² pengharaman contohnya ARAK.

Tapi aku…TIADA.

Jadi, time kat hospital tu aku fikir.

Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecil aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap² hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Beginilah kehidupan aku & babi tu selama 2 tahun.

Lepas 2 tahun, masa yang ditunggu² tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok² babi ni tiada leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi.

Lepas tu, aku pun masaklah bakut teh. Tengah² makan, nampak seorang ustaz tengah jalan². Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan.

Ustaz!!! Jom makan. BABI ISLAM ni.”

Bila terdengar kisah itu, Aiman & Ain pun sedar.

Kalau benda itu HARAM, ia tetap HARAM. Yang HALAL itu jelas & yang HARAM itu jelas.

Tamat....

Best tak kisah ni?

Mungkin agak kasar tapi sesuai nak bagi peringatan kepada mereka sedang kemaruk COUPLE ISLAMIC yg tegar dgn hujah² yg menghalalkan cara.

Moga kita (saya & pembaca) tidak tergolong...

P/s: Yang HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba pelbagai cara sekalipun untuk mengHALALkannya. Peringatan untuk diri sendiri terutamanya.

---> Boleh je couple tapi lepas nikahlah, so jadilah couple Islamic juga.. ♥



Sumber: Facebook

No comments:

Post a Comment

Komen lah ye...
Satu pun jadi...hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@2011-2012 runanivle[dot]blogspot[dot]com