LinkExchange

Menu Bar

Button

Ringan

who's.amung.us

Twitter Bird

Friday 2 December 2011

Ibnu Khaldun Sejarawan Arab Teragung

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog Lvna.(harap2 ada) Kali ini Lvna nak cakap pasal idola Lvna iaitu Ibnu Khaldun. Mesti korang pernah dengar nama ni kan?? Dan pasti ada antara korang kenal dan tahu akan sumbangan tokoh tersebut. Bagi sesiapa yang tak tahu takpa. Nanti Lvna kenalkan kepada korang. Abd Al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun(mak ai panjangnya nama)  atau lebih dikenali sebagai Ibnu Khaldun merupakan seorang pakar sains Islam


Beliau dilahirkan pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal dunia pada 17 Mac 1406. Keluarga beliau tergolong dalam kalangan orang berada dan beliau juga dididik dengan pendidikan yang terbaik oleh keluarganya sehingga berjaya dan menjadi pakar sejarah arab terulung serta dikenali bapa sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibnu Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal. Beliau juga menulis sejarah di Afrika Timur yang terulung.

Pada tahun 1363 beliau menjadi duta Raja Moor di Granada dan pernah menjawat beberapa jawatan dibawah kerajaan Tunisia dan Morocco. Oktober 1382, beliau belayar ke Alexandria dan menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan beberapa universiti lain. Ibnu Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387.


Ibnu Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam mereka memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol, dan bertanggungjawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj.

Karya teragungnya iaitu Muqaddimah bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik dan ekonimi, Ibnu Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang dikurnikan Allah boleh dibuktikan secara empirikal.

Dalam segi ekonomi, beliau memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan ke atas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan bekalan ke atas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka.

Akhir kata, diharap maklumat yang telah Lvna bekalkan dapat membantu korang untuk mengenali Ibnu Khaldun dengan lebih dekat.


Lvna said: letihnya menaip......untuk maklumat lanjut sila rujuk Sumber.





No comments:

Post a Comment

Komen lah ye...
Satu pun jadi...hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@2011-2012 runanivle[dot]blogspot[dot]com