Fixie |
Sunday, 25 September 2011
Fixie Bikes
Pernah tak korang dengar perkataan 'fixie'??? Ina pun baru dengar pasal benda ni... Itu pun daripada kawan-kawan Ina. Apa benda fixie tu?? Binatang spesis baru ke? Sebenarnya fixed-gear bicycle/ fixed-wheel bicycle ataupun lebih dikenali sebagai fixie ialah sejenis basikal yang menjadi kegilaan kebanyakan remaja masa kini. Pada asalnya fixie ditunggang di atas trek khas. Alaaa....macam kat tv tuu....sukan lumba basikal trek...Sejak kebelakangan nie, fixie selalu kita temui ditunggang di atas jalan raya. Tidak kurang jugak jalan tanah merah. Ina selalu gak dengar pasal benda ni dari kawan-kawan Ina dan kadang-kadang dia orang pun ada jugak post dekat Facebook sampai ada yang jatuh dalam longkang bagi yang kali menunggangnya.
Ni lah fixie...Kegunaan dan fungsi fixie ni sama dengan kegunaan dan fungsi basikal biasa iaitu digunakan untuk pergi ke sesuatu tempat. Melalui pemerhatian Ina, fixie ni agak nipis daripada basikal biasa. Selain itu, fixie mempunyai pelbagai warna(sampaikan roda pun ada macam-macam warna). Di samping itu, fixie memerlukan kemahiran untuk mengendalikannya terutama kemahiran untuk menghentikannya. Ini disebabkan basikal jenis ini tidak mempunyai brek dan mempunyai caranya yang tersendiri untuk menghentikannya. Untuk pengetahuan korang, sprocket(gegancu) basikal jenis ini telah diperketatkan terus ke hab belakang tetap. Apabila roda berputar, pedal akan berputar ke arah sama dan ini membolehkan penunggang untuk menghentikan fixie tanpa menggunakan brek. Oleh itulah, seseorang memerlukan kemahiran untuk mengendalikan fixie. Sekiranya seseorang itu menunggang fixie tanpa menguasai kemahiran untuk menghentikannya, kemalangan boleh berlaku dan ia juga boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain(sekiranya ditunggang di jalan raya) Sekian sahajalah untuk kali ini dan berhati-hatilah di jalan raya.....^_~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Komen lah ye...
Satu pun jadi...hehehe