LinkExchange

Menu Bar

Button

Ringan

who's.amung.us

Twitter Bird

Sunday, 21 August 2011

Laman Sosial

Kalau disebut perkataan 'Facebook' ataupun 'Twitter' , pasti anda mengenali kedua-dua laman sosial ini. Perkara ini tersebar dengan cepat bagaikan wabak H1N1. Laman sosial juga membawa banyak kebaikan serta keburukan. Oleh itu, janganlah  kita menyalah gunakan laman sosial yang ada pada masa kini. Dari semasa ke semasa, penguna laman sosial semakin bertambah seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Pengguna laman sosial terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, kaum serta usia. Oleh itu, kita dapat mengenali diri serta budaya masyarakat dengan mudah. Ini juga dapat mengeratkan lagi integrasi nasional di negara kita. Sesetengah orang mengambil kesempatan menggunakan laman sosial untuk mengiklan produk atau perkhidmatan mereka kepada orang luar terutamanya bagi yang melibatkan diri dalam perniagaan. Dengan ini mereka dapat menambah keuntungan dan memajukan perniagaan mereka. Selain itu, laman sosial juga membawa banyak keburukan sekira disalahgunakan. Antaranya ialah, laman sosial boleh memalukan atau dengan tepat lagi menjatuhkan maruah seseorang itu kerana melalui ini laman sosial kita boleh menyebarkan apa-apa sahaja dengan bebas dan tanpa dihalang oleh pihak lain. Di samping itu, laman sosial juga boleh melalaikan kita daripada mengingati Yang Maha Esa. Ramai orang sanggup melewatkan atau meninggalkan solat semata-mata hendak ber'chatting' atau bermain permainan-permainan yang terdapat dalam laman tesebut. Janganlah kita alpa dan mengambil ringan terhadap perkara ini kerana malaikat maut sentiasa sedia untuk mencabut nyawa kita, tidak lambat atau cepat walau sesaat pun. Jadi, ingatlah pencipta kita dan ke mana kita akan kembali kelak setiap masa.

by: Nur Elvina Bt Ya'akub





No comments:

Post a Comment

Komen lah ye...
Satu pun jadi...hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT@2011-2012 runanivle[dot]blogspot[dot]com